Saudi pintas peluru berpandu balistik

Saudi pintas peluru berpandu balistik

RIYADH, 4 Julai – Arab Saudi memintas misil balistik yang ditembakkan oleh pemberontak Yaman terhadap bandar selatan negara itu, Abha, awal hari ini, kata gabungan yang diketuai oleh Riyadh yang menentang pemberontak.

“Ia dipintas tanpa mengakibatkan sebarang kecederaan,” kata gabungan itu dalam kenyataan, yang menambah bahawa pelancar misil itu dimusnahkan oleh pertahanan udara Arab Saudi.

Sekurang-kurangnya empat misil balistik dilancarkan menyeberangi sempadan sejak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menjadi orang tengah kepada perbincangan damai yang bermula di Kuwait pada April di antara pemberontak Huthi Yaman dan kerajaan pimpinan Presiden Abderabbo Mansour Hadi.

Pertempuran berterusan biarpun gencatan senjata rasmi bersempena dengan perbincangan damai.

Huthi, yang dikatakan Arab Saudi disokong oleh Iran, adalah bergabung dengan tentera elit yang taat kepada bekas presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh.

Mereka menakluki ibu negara Yaman, Sanaa pada 2014 sebelum bergerak ke bahagian lain negara itu, mencetuskan gabungan campur tangan dengan serangan udara dan sokongan lain pada Mac tahun lepas.

Arab Saudi telah menempatkan misil Patriot untuk memerangi misil balistik taktikal yang ditembakkan ketika perang. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA