Saudi rangsang bantuan, pelaburan ke Mesir

Saudi rangsang bantuan, pelaburan ke Mesir

RIYADH, 16 Dis (AFP) – Arab Saudi telah menjamin sejumlah lapan bilion dolar dalam pelaburan dan bantuan ke Mesir untuk lima tahun akan datang, ketika Riyadh merancang untuk meningkatkan hubungan ekonomi dan ketenteraan dengan sekutunya.

Raja Saudi, Salman ‘mengarahkan bahawa pelaburan Saudi di Mesir melebihi 30 bilion riyal (AS$8 bilion)’ dan kerajaan itu ‘menyumbang dalam menyediakan Mesir dengan keperluannya bagi petrol,” menurut kenyataan yang disiarkan oleh Agensi Akhbar Saudi.

Sebagai tambahan, kapal-kapal Saudi akan ‘menyokong’ trafik di Suez Canal, menteri pertahanan Saudi dan Timbalan Putera Mahkota Mohammed bin Salman mengumumkan kelmarin semasa lawatan ke Mesir.

Jaminan itu muncul meskipun kejatuhan mendadak dalam hasil minyak Arab Saudi, yang merupakan 90 peratus hasil awam, akibat kemelesetan global dalam harga minyak sejak Jun tahun lepas.

Ketua OPEC, Arab Saudi telah menawarkan berbilion dolar bantuan kepada Mesir sejak penyingkiran presiden Islam Mohamed Morsi pada 2013.

Pada Mac, Arab Saudi, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu masing-masing menawarkan sekitar $4 bilion dalam pelaburan dan bantuan.

Mesir mengambil bahagian dalam gabungan yang diketuai Saudi yang telah menentang pemberontak disokong Iran di Yaman sejak Mac.

Ia juga menyertai perikatan 34 anggota untuk memerangi ‘pengganasan’, yang diumumkan kelmarin oleh Putera Mohammed.