Saudi, Rusia setuju beku pengeluaran minyak

Saudi, Rusia setuju beku pengeluaran minyak

DOHA, 16 Feb – Dua negara pengeluar minyak terbesar dunia, Arab Saudi dan Rusia, telah bersetuju untuk membekukan pengeluaran minyaknya selepas mengadakan perbincangan di sini hari ini.

Menteri Minyak Arab Saudi, Ali Al-Naimi berkata membekukan pengeluaran minyak di paras bulan lalu ‘mencukupi’ kerana negaranya masih mahu memenuhi permintaan para pelanggannya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan Menteri Tenaga Rusia,Alexander Novak.

Qatar dan Venezuela juga bersetuju untuk menyertai pembekuan pengeluaran itu, kata Al-Naimi.

Berdasarkan perangkaan Agensi Tenaga Antarabangsa, Arab Saudi mengeluarkan 10.2 juta tong minyak sehari pada Januari lalu manakala Rusia mengeluarkan hampir 10.9 juta tong sehari pada bulan yang sama itu.

Selepas pengumuman itu dibuat, harga minyak mentah Brent meningkat 2.4 peratus ke paras AS$34.20 setiap tong. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA