Saya berkuasa – Klopp

Saya berkuasa – Klopp

LONDON, 20 Jan – Pengurus Liverpoo, Jurgen Klopp menegaskan dia berkuasa ke atas dasar perpindahan di Anfield selepas mantannya Brendan Rodgers mendedahkan beliau dipaksa menerima pemain.

Hujung minggu lalu, Rogers mengadakan temu bual di mana dia berkata Mario Balotelli, yang sekarang dalam pinjaman di AC Milan selepas kemunculan hambar bersama Merseyside, adalah contoh pengambilan pemain baru di mana dia tidak mempunyai kuasa.

Jawatankuasa perpindahan Liverpool yang terdiri dari pengurusan, perwakilan jabatan pengakap dan kaki tangan pengurusan kanan dikritik secara meluas selepas beberapa pemain baru beraksi hambar.

Tetapi Klopp bertegas dia memiliki kuasa terakhir dalam mengambil pemain baru walaupun dia menerima kuasanya ada had.

“Sebagai contoh, jika saya berkata kami mendapatkan Zlatan Ibrahimovic, yang berusia 35 tahun, dan kami perlu membayar 100 juta pound (AS$142 juta) mungkin saya perlu bertanya sebelum saya menandatanganinya,” kata Klopp semalam.

Klopp adalah orang yang berkuasa dalam dasar perpindahan di Anfield. - Reuters
Klopp adalah orang yang berkuasa dalam dasar perpindahan di Anfield. – Reuters

“Tetapi seperti yang saya katakan pada hari pertama saya datang ke sini; saya biasa dengan pekerjaan ini. Kadangkala kaki tangan dan saya sendiri mempunyai idea terhadap seorang pemain yang kami tahu atau dengarkan dan kami mendapatkan beberapa maklumat mengenai perkara ini.

“Jika saya tidak mahu pemain itu datang di sini, dia tidak akan datang dan jika pemain yang saya mahukan itu tidak sesuai dengan bajet kami, dia juga tidak akan atang. Itu perkara biasa.”

Klopp bagaimanapun, menunjukkan kepercayaan terhadap skuadnya dengan memberikan penjaga gol Simon Mignolet kontrak jangka panjang.

Pemain antarabangsa dari Belgium itu membangkitkan kemarahan kerana beberapa kesilapan berprofil tinggi musim ini, tetapi Klopp menegaskan dia mempunyai keyakinan penuh terhadap penjaga gol itu.

“Kami tidak akan menawarkannya kontrak jika kami mempunyai pemikiran sama (seperti pengkritiknya). Orang ramai yang bercakap mengenai kedudukan ini selalu bercakap mengenai penjaga gol yang baru,” kata Klopp. – AFP