Saya cuma jemput Gerrard berlatih – Klopp

Saya cuma jemput Gerrard berlatih – Klopp

LONDON, 6 Nov (Reuters) – Jurgen Klopp mendedahkan dia mahu Steven Gerrard kembali ke Liverpool semata-mata untuk menjalani latihan bersama skuadnya sahaja.

Pengurus Liverpool itu menganggap bekas kapten kelab ini sebagai pemain legenda.

Gerrard berpindah ke LA Galaxy musim lalu kembali ke Liverpool selepas berakhirnya saingan Major League Soccer (MLS) musim ini yang menyaksikan pasukannya tewas pada aksi play-off baru-baru ini, tiba di United Kingdom pada Rabu lepas.

Klopp berkata, tidak ada perbincangan lain bersama Gerrard dan hanya mengajak pemain itu turun ke padang berlatih bersama kawan-kawannya yang lain.

“Ketika tempoh cutinya, saya ada memberitahu dia boleh datang bila-bila masa sahaja, berlatih bersama, dan melakukan perkara yang boleh memberi faedah kepada dia.

“Pintu kami sentiasa terbuka untuk dia. Ia adalah jelas.

“Tetapi tidak ada perkara lain. Semua pemain boleh belajar daripada Stevie, namun saya cuba faham keadaannya.

“Steven masih mempunyai kontrak dengan LA Galaxy. Dia sayangkan kelab ini dan dia adalah legenda. Kami boleh berorak dalam pelbagai perkara.

“Tetapi adakah anda fikir dia akan bermain ketika ini atau tahun hadapan? Tidak? Kenapa anda tanya saya?

“Kami akan cuba mencari sesuatu untuk Stevie apabila dia kembali ke sini nanti.

“Apa sahaja yang dia hendak buat, kami akan cuba menolongnya. Namun bukan sekarang. Kita sudah berada di pertengahan musim. Semuanya lancar. Dan situasi sempurna di antara kelab Liverpool dan Steven,” jelas Klopp.

Selain itu skuad bimbingan Klopp mengekalkan rekod tanpa kalah lima perlawanan termasuk menewaskan Chelsea dan Bournemouth minggu lalu dan terbaru kemenangan 1-0 dalam aksi Liga Europa peringkat kumpulan bertemu Rubin Kazan semalam.

“Kami menikmati saat ini dan akan simpan,” jelasnya yang bakal menerima kunjungan Crystal Palace di Anfiel dalam aksi Liga Perdana Ahad ini.

ARTIKEL YANG SAMA