Saya hanya akan kembali ke Liverpool – Suarez

Saya hanya akan kembali ke Liverpool – Suarez

LONDON, 14 Feb – Penyerang Barcelona Luis Suarez hanya akan kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris jika untuk menyertai semula kelab Liverpool, dia mendedahkan dalam satu temu bual akhbar Britain yang diterbitkan kelmarin.

“Saya lebih suka berada di sini (Barcelona) untuk beberapa tahun lagi,” dia memberitahu Daily Mail. “Saya tahu ia tidak sering menjadi sebegitu. Namun jika saya perlu kembali ke Liga Perdana, Saya hanya akan pergi ke Liverpool.

“Saya tidak akan pergi ke pasukan lain. Ia bukan perpindahan bagi wang. Saya juga suka untuk bermain semula dengan Ajax di mana mereka membenarkan saya untuk berkembang sebagai seorang pemain di Eropah.”

Suarez, 29, telah menjaringkan 82 gol buat Liverpool dalam tempoh tiga tahun setengah bersama kelab itu dan hampir memberikan inspirasi kepada pasukan itu untuk memenangi Liga Perdana pada 2014 sebelum berpindah ke Barcelona.

Pemain Uruguay itu dengan pantas dapat serasi bermain bersama Lionel Messi dan Neymar di Camp Nou dan gol-gol mereka telah membuahkan kemenangan tiga kejuaraan iaitu La Liga, Piala Raja dan Liga Juara-juara pada musim pertamanya.

Bekas penyerang Liverpool Suarez yang kini beraksi cemerlang di Barcelona. – Reuters
Bekas penyerang Liverpool Suarez yang kini beraksi cemerlang di Barcelona. – Reuters

Barcelona kini satu mata di depan di saingan La Liga dengan kelebihan satu perlawanan, namun Suarez juga mengakui rindu akan daya saingan bola sepak Inggeris, dibayangkan dengan Leicester City yang kini sebagai pendahulu liga.

“Dalam Liga Perdana kamu tidak tahu apa yang bakal berlaku,” katanya. “Terdapat hanya jurang sedikit di antara pasukan-pasukan. Di sini, tiga ke empat pasukan sahaja, terdapat beza dengan pasukan-pasukan kecil.

“Saya tidak bermaksud untuk kurang ajar di sini, namun terdapat beberapa perlawanan di mana anda melihat kepada sidang media dan mereka bertanya: ‘Ayo lihat seberapa banyak biji gol Barcelona akan menjaringkan hari ini.’

“Di Liga Perdana, kamu tidak akan tahu apa yang bakal berlaku dan itulah yang saya rindu.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA