Saya mahu ke Liverpool – Higuain

Saya mahu ke Liverpool – Higuain

LONDON, 2 Julai (Agensi) – Gonzalo Higuain sanggup menolak semua tawaran lain untuk menyertai Liverpool.

Dua pesaing Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris, Manchester United dan Arsenal dikhabarkan berminat mendapatkan penyerang berusia 27 tahun itu, sebaik saja dia menyuarakan hasrat untuk meninggalkan kelab Itali, Napoli.

Bagaimanapun Higuain menegaskan, Anfield adalah destinasi pilihannya selepas mendapat tahu dia turut menarik minat Liverpool,

Napoli meletakkan 72 juta paun sebagai nilai Higuain, namun Liverpool mungkin berpeluang membeli pemain itu dengan harga sekitar 42 juta paun.

Menurut akhbar Itali, Sport Mediaset, Higuain merayu kepada Napoli supaya menerima sebarang tawaran yang dikemukakan oleh Liverpool kerana dia sememangnya amat berminat untuk menyarung jersi The Reds.

Higuain menyuarakan hasaratnya bahawa dia ingin ke Liverpool. – Reuters
Higuain menyuarakan hasaratnya bahawa dia ingin ke Liverpool. – Reuters

Sementara itu, Arsenal bersedia untuk mendapatkan William Carvalho selepas hilang minat terhadap Arturo Vidal, menurut laporan akhbar Britain.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger kini mengalihkan tumpuannya kepada pemain tengah selepas berjaya mendapatkan penjaga gol, Petr Cech.

Bintang Juventus, Vidal sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates, tetapi ada laporan mengatakan Arsenal sudah mula hilang minat terhadap pemain itu dan beralih tumpuan kepada Carvalho.

Carvalho, bintang Sporting Lisbon berada dalam radar Gunners, dan akhbar Daily Star melaporkan, dia kini merupakan sasaran uta­ma dengan nilai perpindahan 20 juta pound (RM118.68 juta).

Bagaimanapun, Manchester City juga dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat bintang Portugal itu.