‘Saya perlu tambah gol untuk Liverpool ‘ – Can

‘Saya perlu tambah gol untuk Liverpool ‘ – Can

LONDON, 8 Sept – Penguasaan bahasa Inggeris Emre Can telah meningkat namun pemain midfield Jerman itu fikir dia perlu menambah gol setiap kali bermain di padang dan memikul lebih banyak tanggungjawab sekiranya dia perlu memperkukuh kedudukannya dalam pasukan pertama Liverpool.

Can, 21, menjaringkan satu gol dan memberikan satu bantuan dalam 31 kemunculan Liga Perdana untuk kelab Merseyside pada musim lalu dan telah mencatat dua permulaan dalam empat perlawanan liga dalam kempen sekarang.

Dengan Jordan Henderson, Lucas Leiva, Joe Allen, James Milner dan Jordan Rossiter semuanya bertarung untuk mendapatkan satu tempat permulaan di tengah padang, bekas pemain midfield Bayer Leverkusen itu tahu dia mempunyai tugas yang perlu dilaksanakan.

“Saya fikir persaingan untuk kedudukan adalah baik untuk pasukan. Saya bersedia untuk memikul lebih banyak tanggungjawab memandangkan saya berada dalam musim kedua saya. Bahasa Inggeris saya semakin meningkat dan saya telah matang sebagai seorang pemain,” beritahu Can, yang telah bermain untuk pasukan Jerman dalam kemenangan 3-1 mereka menentang Poland pada Jumaat, kepada laman sesawang kelab.

“Bermain dalam midfield bermakna anda perlu memikul lebih banyak tanggungjawab. Ia bermakna saya mahu menjaringkan lebih banyak gol dan membantu pasukan memperoleh keputusan.

“Saya mahu melakukan lebih banyak dalam serangan dan saya tahu saya boleh mempertingkat prestasi saya dalam bidang tersebut. Saya mahu melakukan lebih banyak dari segi menjaringkan gol dan memberikan bantuan.”

Liverpool, kini menduduki tempat ketujuh dalam senarai, akan berharap untuk membetulkan keadaan apabila mereka berkunjung untuk berdepan dengan musuh ketat Manchester United pada Sabtu selepas kekalahan memalukan mereka 3-0 kepada West Ham United dalam perlawanan terakhir mereka. – Reuters