Saya selesa di Chelsea – Costa

Saya selesa di Chelsea – Costa

SYDNEY, 3 Jun (Reuters) – Pemain penyerang Diego Costa menolak laporan media yang menggambarkan dia tidak berasa gembira di Chelsea selepas membantu juara Inggeris itu mencatatkan kemenangan 1-0 dalam perlawanan jelajah menentang Sydney FC semalam.

“Saya tidak mempunyai sebarang alasan untuk meninggalkan tempat ini. Saya menyukainya, peminat menyukai saya dan saya mahu kekal,” pemain antarabangsa Sepanyol itu memberitahu rangkaian TV, Chelsea.

Sebelumnya, akhbar Sun dari Britain berkata bekas pemain Atletico Madrid itu rindu dengan kampung halamannya dan mahu pulang ke Sepanyol.

Costa kelahiran Brazil baru memulakan satu kempen di Stamford Bridge tetapi sudah memenangi Liga Perdana, menjaringkan 20 gol, dan Piala Capital One.

“Ia adalah menarik untuk datang pada musim pertama dan memenangi dua perkara,” katanya. “Ia adalah penting dan tahun depan saya bersedia untuk kembali dan berharap memenangi beberapa trofi lagi.”

Diego Costa sewaktu perlawanan persahabatan Chelsea menentang Sydney FC. – AFP
Diego Costa sewaktu perlawanan persahabatan Chelsea menentang Sydney FC. – AFP

Pengurus pasukan Chelsea, Jose Mourinho berkata Costa, yang bernilai 32 juta paun ($48.94 juta) pada tahun lepas, “gembira pada setiap minit” di Stamfrod Bridge.

“Dia seorang pemain yang bertanggungjawab bagi segala kebaikan kami ketika dalam bilik persalinan. Dia merasa gembira, dia seorang yang lucu,” tambah pengurus Portugis itu.

“Dia seorang yang sangat gembira sewaktu di bilik persalinan jadi jika ini bukan kegembiraan, saya senang dengannya.” Costa dinamakan pemain terbaik biarpun digantikan sebelum akhir separuh masa pertama dalam perlawanan persahabatan menentang Sydney yang menarik lebih dari 83,000 peminat di Stadium Olympic.

Dia adalah penjaring ketiga tertinggi dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu, di belakang Sergio Aguero dari Manchester City (26) dan Harry Kane dari Tottenham Hotspur (21).