Saya telah dianiaya – Arroyo

Saya telah dianiaya – Arroyo

MANILA, 25 Julai – Bekas presiden Filipina Gloria Arroyo telah mengisytiharkan dirinya sebagai mangsa penganiayaan politik, berikutan bebasnya beliau daripada penahanan hampir lima tahun selepas satu kes korupsi.

Dalam ucapan pertamanya sejak dibebaskan dari hospital ketenteraan Khamis lepas selepas Mahkamah Agung menolak tuduhan-tuduhan terhadapnya, Arroyo menegaskan penahanan beliau adalah “tidak adil”.

Mahkamah mendapati “bukti tidak mencukupi” untuk menuduhnya mencuri 366 juta peso (AS$8.8 juta) di dana loteri negara yang bertujuan bagi program-program kebajikan ketika beliau menyandang jawatan di antara tahun 2001 dan 2010.

“Kesemua perkara ini menggunakan kuasa politik untuk menganiaya musuh-musuh politik, ini mesti dihentikan. Saya mesti mangsa terbaru,” Arroyo memberitahu televisyen ABS-CBN hujung minggu lepas.

“Saya tidak berharap apa yang terjadi kepada saya berlaku kepada musuh saya.”

Gloria Arroyo melambaikan tangan apabila tiba bagi sesi perundangan di Manila. – AFP
Gloria Arroyo melambaikan tangan apabila tiba bagi sesi perundangan di Manila. – AFP

Arroyo dipenjarakan pada 2011 di bawah pentadbiran presiden Benigno Aquino ketika itu.

Ketua firebrand, Rodrigo Duterte mengambil alih jawata Aquini bulan lepas, dan menawarkan untuk memaafkan Arroyo.

Aquino telah menanyakan keputusan untuk melepaskan Arroyo, mengatakan dia perlu bertanggungjawab kerana menyalahgunakan dana yang bertujuan untuk diberikan kepada golongan miskin.

Anak perempuan kepada bekas presiden Diosdado Macapagal, Arroyo berkata keluarganya juga mengalami penganiayaan ketika pesaing-pesaing ayahnya mensasarkan sekutu-sekutu ayahnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA