Saya tetap positif urus The Blues – Mourinho

Saya tetap positif urus The Blues – Mourinho

LONDON, 1 Nov (AFP) – Pengurus Chelsea, Jose Mourinho menjelaskan ‘ada usaha yang kamu tidak boleh menang’ selepas skuadnya tewas 3-1 kepada Liverpool di Stamford Bridge, semalam.

Pada aksi tersebut,The Blues bermula dengan baik apabila Ramires membuka jaringan seawal minit keempat permainan, namun semuanya berubah apabila pemain Liverpool, Philippe Coutinho mula menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama.

Malah Coutinho turut menambah gol kedua sebelum pemain gantian Christian Benteke memastikan The Reds pulang dengan selesa. Kekalahan kepada anak buah Jurgen Klopp itu menyaksikan aksi tewas keenam Chelsea liga musim ini sekali gus kekal di tangga ke-15 pasukan.

“Pemain-pemain bermain dengan baik sehinggalah mereka rasakan mustahil untuk mencari gol kemenangan.

“Apa yang berlaku pada separuh masa kedua semuanya akibat daripada saat sukar yang berlaku di padang.

Reaksi Jose Mourinho ketika perlawanan skuad bimbingannya menentang Liverpool di Stamford Bridge di London pada 31 Oktober 2015. – AFP
Reaksi Jose Mourinho ketika perlawanan skuad bimbingannya menentang Liverpool di Stamford Bridge di London pada 31 Oktober 2015. – AFP

“Pemain-pemain juga sedih dengan keputusan ini dan saya menghormati perasaan mereka. Kami akan lihat satu persatu perlawanan.

“Manakala saya yakin penyokong-penyokong tidak bodoh kerana mereka tahu bahawa saya dan semua pemain telah cuba yang maksimum,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mourinho mengakui ini bukanlah perlawanan terakhirnya.

“Selepas ini saya balik dan berjumpa dengan keluarga saya yang turut bersedih dengan keadaan ini. Saya akan cuba lupakan seketika apa yang terjadi dan esok kembali menjalani latihan bagi perlawanan pada Rabu ini,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA