Saya tidak akan lari, kata Honda

Saya tidak akan lari, kata Honda

TOKYO, 19 Nov (AFP) – Bintang Jepun, Keisuke Honda berjanji untuk merebut tempatnya di AC Milan ketika spekulasi mengenai perpindahannya ke England semakin meningkat, media tempatan melaporkan hari ini.

Honda yang melampaui keperluan di San Siro, berada di bangku simpanan Milan selepas berbalah bersama jurulatih dari Serbia, Sinisa Mihajlovic, tetapi pemain berusia 29 tahun itu hari ini menafikan dia menyerahkan permintaan perpindahan.

“Saya akan memberitahu anda satu perkara yang jelas: “Saya tidak akan meninggalkan Milan dengan persetujuan saya sendiri,” Honda memberitahu harian Jepun, Nikkan Sports. “Saya datang ke Milan dengan keazaman yang kukuh melainkan mereka memberitahu tidak mahukan saya. Saya tidak akan ke mana–mana. Saya tidak akan lari.”

Honda yang mengalami kesukaran di Milan musim ini, memberikan petanda kelab–kelab Liga Perdana

Inggeris seperti Everton dan Tottenham, dengan West Ham United juga dikaitkan dengan pemain utama Jepun itu.

Honda meraikan jaringan semasa menentang Singapura untuk aksi kelayakan Piala Dunia Kumpulan E Zon Asia di Stadium Nasional Singapura, 12 November lalu. – Reuters
Honda meraikan jaringan semasa menentang Singapura untuk aksi kelayakan Piala Dunia Kumpulan E Zon Asia di Stadium Nasional Singapura, 12 November lalu. – Reuters

Tetapi Honda, yang membantu Blue Samurai dalam lima kejayaan kelayakan Piala Dunia, masih enggan mengulas mengenai peluangnya untuk menghidupkan semula kerjaya kelabnya.

“Sudah tentu saya perlu menerima persembahan saya yang mengecwakan,” kata Honda, yang menyertai Milan dari CSKA Moscow pada 2013. “Tetapi saya merasa yakin untuk kembali berjuang. Saya tahu sukar untuk mendapatkan kembali tempat tetapi saya tidak berputus asa.

“Ia lebih sukar berbanding apa yang saya bayangkan. Ini di Milan,” tambah penyerang midfield berambut perang itu. “Tetapi saya sudah tentu tidak akan menyerah kalah.”

Media Itali, melaporkan Honda meminta kebenaran pergi, sementara Mihajlovic berkata mereka yang kecewa ‘bebas untuk keluar’ selepas Honda baru–baru ini mengkritik jurulatih dari Serb itu dengan berkata tidak ada guna menyalahkan pemain di atas kemerosotan pasukan sekarang.

Pemenang Scudetto 18 kali dan juara Eropah tujuh kali itu pada masa ini menduduki tangga keenam Serie A, tujuh mata di belakang pendahulu, Fiorentina.