Sayap kanan harap menang p’raya kawasan

Sayap kanan harap menang p’raya kawasan

PARIS, 6 Dis – Warga Perancis membuang undi dalam pilihan raya kawasan hari ini, hanya tiga minggu selepas serangan militan Negara Islam (IS) di Paris yang mungkin membawa keputusan yang kukuh untuk Barisan Nasional.

Keselamatan akan dipertingkatkan di stesen pengundian di ibu negeri di mana militan membunuh 130 orang dalam kejadian menembak dan bom berani mati pada 13 November, serangan paling berani sejak Perang Dunia Kedua.

Barisan Nasional (FN) mungkin memimpin di enam daripada 13 kawasan selepas pusingan pertama hari ini.

Seperti parti anti-imigresen, anti-Eropah lain di seluruh Eropah, FN juga mungkin mendapat manfaat daripada kebimbangan berhubung krisis pelarian untuk memenangi sekurang-kurangnya satu rantau, dan kemungkinan lebih banyak lagi, dalam pilihan raya terakhir pada 13 Disember, tinjauan pendapat menunjukkan.

Malah memenangi satu majlis kawasan akan menjadi kemenangan besar untuk FN yang tidak pernah mengawal kawasan pilihan raya sedemikian.

“Selepas serangan pada 13 November, kami melihat pertambahan dalam sokongan terhadap Barisan Nasional,” kata penganalisis tinjauan Ifop Jerome Fourquet. “Segalanya sudah dijangka untuk mencatat keputusan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.”

Pengundian mungkin merangka semula landskap politik, menjadikan politik Perancis satu perlumbaan tiga hala tatkala ia bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya presiden 2017 selepas dikuasai selama beberapa dekad oleh Sosialis dan konservatif.

Sosialis, yang kini memerintah Perancis dan mengawal kebanyakan rantau, dijangka kehilangan kebanyakan majlis kepada sama ada parti konservatif pimpinan bekas presiden Nicolas Sarkozy atau FN, meskipun satu rangsangan dalam pemeringkatan kepopularan Presiden Francois Hollande daripada pengendaliannya ke atas serangan. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA