Sazali belum putuskan buat rayuan

Sazali belum putuskan buat rayuan

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Sazali Samad masih belum membuat keputusan berhubung rayuan terhadap hukuman penggantungan selama empat tahun yang dikenakan ke atas dirinya.

Isterinya, Hashrine Hashim ketika dihubungi berkata, beliau dan suaminya baharu kembali dari bercuti dan memerlukan sedikit masa bagi menganalisis hukuman itu.

“Kami nak pastikan keadaan sebenarnya dulu kerana kami baru balik bercuti dan esok (hari ini) akan mula berbincang. Banyak perkara bercelaru yang kami betul-betul kena faham.

“Kalau salah faham susah. Bagi kami masa untuk faham keadaan kami dulu kerana masih ada masa dua minggu untuk tarikh tutup rayuan itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sazali dikenakan hukum gantung selama empat tahun selepas didapati gagal dalam ujian doping dijalankan Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) pada 1 September lalu. – BH

ARTIKEL YANG SAMA