Sazali Samad digantung 4 tahun

Sazali Samad digantung 4 tahun

KUALA LUMPUR, 21 Dis (BH) – Atlet bina badan negara, Sazali Samad digantung selama empat tahun oleh Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) mulai 22 September 2015 (tarikh keputusan ujian) selepas didapati gagal dalam ujian doping pada 1 September lalu.

Hasil daripada ujian doping itu terhadap Sazali mendapati mengandungi bahan terlarang Kelas S1 seperti termaktub dalam WADA Prohibited List January 2016.

Ujian itu turut dijalankan kepada semua atlet negara yang bertanding di Kejohanan 49th Asian Bodybuilding & Physique Sports Championships di Tashkent, Uzbekistan.

ARTIKEL YANG SAMA