SCB adakan kursus cegah kebakaran

SCB adakan kursus cegah kebakaran

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Bagi mendedahkan kakitangannya dengan prosedur kecemasan terbaru, Jabatan Perkhidmatan Hartanah Korporat Bank Standard Chartered (SCB) telah mengadakan sesi latihan keselamatan semasa berlakunya kebakaran di Pusat Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) di Berakas, baru-baru ini.

Latihan yang dijalankan oleh Unit Perhubungan Awam JBP itu juga memberikan pendedahan terhadap kaedah dan pencegahan keselamatan, membiasakan diri dengan pelbagai jenis alat pemadam api, cara yang betul untuk memadamkan api dengan menggunakan bahan yang betul, memahami faedah dan pentingnya penggera kebakaran dan mengetahui peranan dan fungsi JBP.

Kursus pencegahan kebakaran ini juga menjadi sesi peringatan dan peluang kepada kakitangannya supaya terlibat secara sktif dalam sesi itu.

Ketua Perkhidmatan Hartanah Korporat di Standard Chartered, Irene Shim berkata, “Di SCB kami mengambil serius keselamatan kakitangan dan pelanggan kami, dan rendah risiko kejadian Kesihatan dan Keselamatan.

Seorang peserta mencuba teknik memadamkan kebakaran kecil semasa kursus berkenaan.
Seorang peserta mencuba teknik memadamkan kebakaran kecil semasa kursus berkenaan.

“Kami telah menganjurkan dan melatih kakitangan kami untuk lebih melengkapkan diri dengan pengetahuan pengendalian bahaya api dan tahu bertindak semasa berlaku kebakaran di tempat kerja.

“Menerusi latihan ini, bukan saja ia akan dapat membantu menyelamatkan jiwa, tetapi untuk terus menenangkan dan memahami apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan.”

Selain kursus pencegahan kebakaran, SCB juga memastikan semua kakitangan dilengkapi dengan pengetahuan tentang apa yang harus dilakukan sekiranya berlaku kecemasan melalui latihan kebakaran rutin.

ARTIKEL YANG SAMA