SCB anjur makan malam kebudayaan Turki

SCB anjur makan malam kebudayaan Turki

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Bahiyah Bakir

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Nov – Bank Standard Chartered (SCB), hari ini, telah menganjurkan makan malam kebudayaan Turki untuk para pelanggan Perbankan Prioritinya sebagai sebahagian daripada kerjasama dengan Kedutaan Republik Turki.

Majlis makan malam yang berlangsung di Hotel Radisson itu merupakan sebahagian daripada keistimewaan dan faedah gaya hidup Perbankan Prioriti yang juga termasuk demonstrasi kesenian Turki serta persembahan muzik oleh artis-artis yang ditaja oleh Kedutaan Republik Turki.

Duta Besar Republik Turki ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Oguz Ates turut hadir untuk mengongsikan kepelbagaian kebudayaan Turki, peluang-peluang perdagangan dan pelaburan di Turki.

Annie Ng menyampaikan cenderamata kepada TYT Oguz Ates.
Annie Ng menyampaikan cenderamata kepada TYT Oguz Ates.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SCB, Annie Ng dalam ucapan alu-aluannya pula berkata, “Kami gembira dapat merasakan sedikit pengalaman daripada apa yang ditawarkan oleh Turki sepanjang malam ini.

“Malah menawarkan pengalaman unik ini kepada pelanggan kami sebagai sebahagian daripada pelbagai acara gaya hidup dan pengukuhan hubungan bagi para pelanggan Prioriti Antarabangsa seperti pengiktirafan global di kesemua cawangan SCB di seluruh dunia,” tambahnya.

ARTIKEL YANG SAMA