SCB anjur seminar pasaran pelaburan

SCB anjur seminar pasaran pelaburan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Sept – Iklim ekonomi pelaburan kini berada dalam situasi yang tidak menentu tetapi petunjuk yang dapat dilihat menunjukkan bahawa pulangan daripada pelaburan di beberapa pasaran tertentu terus mencatat pulangan yang positif kepada para pelabur.

Dalam memberikan maklumat mengenai dengan keadaan dan perkembangan pasaran ekonomi terkini, Bank Standard Chartered (SCB) dengan kerjasama BlackRock Global Funds mengadakan Seminar Keadaan Pasaran bertajuk Managing Volatility with Diversification yang berlangsung di Dewan Indera Kayangan, di Empire Hotel and Country Club, Jerudong, kelmarin.

Seminar yang dihadiri oleh para pelanggan dan jemputan khas SCB itu dihasratkan untuk memberikan maklumat terkini serta trend pasaran bagi pelabur-pelabur yang berminat untuk melabur dalam pasaran pelaburan Asia atau pasaran antarabangsa.

Ketua Perhubungan Pelanggan SCB, Dayang Eng Siok Tin dalam kata alu-aluannya menyatakan bahawa bank berkenaan mempunyai pelbagai pilihan pelaburan serta pegawai dan kakitangan yang berkemahiran untuk membantu pelanggan-pelanggan mereka membuat keputusan pelaburan yang terbaik bagi diri mereka.

Beliau percaya SCB mampu untuk membantu para pelanggannya untuk mencapai matlamat pelaburan mereka dalam keadaan pasaran masa kini dengan bukan sahaja membantu pelaburan itu untuk berkembang tetapi juga melindungi pelaburan mereka.

Di antara para pelanggan dan tetamu khas SCB yang menghadiri seminar itu.
Di antara para pelanggan dan tetamu khas SCB yang menghadiri seminar itu.
Dayang Eng Siok Tin ketika menyampaikan kata alu-aluannya semasa seminar itu.
Dayang Eng Siok Tin ketika menyampaikan kata alu-aluannya semasa seminar itu.
Awang Quan Lim menyampaikan taklimatnya mengenai keadaan pasaran jangka pendek dan sederhana semasa seminar berkenaan.
Awang Quan Lim menyampaikan taklimatnya mengenai keadaan pasaran jangka pendek dan sederhana semasa seminar berkenaan.

Beliau menambah bahawa keadaan pasaran banyak berubah sejak Mei lalu dan kini merupakan waktu yang tepat untuk menimbangkan kedudukan pelaburan mereka bagi meraih peluang atau melindungi pelaburan mereka.

Semasa seminar itu, Penasihat Pelaburan SCB, Awang Quan Lim memberikan pandangan beliau mengenai dengan ramalan dan keadaan pasaran pada jangka masa pendek dan sederhana.

Sementara itu, ahli kumpulan jualan runcit Singapura, Damien Ng yang mempunyai pengalaman kira-kira 10 tahun dalam industri kewangan semasa seminar mengongsi pendapatnya mengenai peluang-peluang pelaburan yang terdapat di pasaran Eropah khususnya dalam pasaran ekuiti Eropah.

Seminar serupa juga diadakan oleh SCB bagi pelanggan-pelanggan mereka di Kuala Belait di Plaza Sutera Biru, Kuala Belait pada 22 September.

ARTIKEL YANG SAMA