SCB anjur Seminar Pasaran

SCB anjur Seminar Pasaran

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 April – Bank Standard Chartered (SCB), dengan kerjasama BlackRock Global Funds telah mengadakan dua seminar bagi prospek pasaran untuk pelanggan mereka di Daerah Brunei-Muara dan Belait. Seminar prospek pasaran bertajuk ‘Positioning for Volatility’ selama dua hari itu telah diadakan di Dewan Royal Berkshire Hall, Polo Club, Jerudong dan V-Plaza Grandballroom, Plaza Hotel V, Kuala Belait.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua, Jualan Pelanggan Bank Standard Chartered, Rino (Donny) Donosepoetro dalam ucapan alu-aluannya beliau dipetik sebagai berkata bahawa, “Standard Chartered berada di barisan hadapan dalam ruang pengurusan kekayaan yang menawarkan penyelesaian bagi pelanggan kami. Bukan sahaja kami telah melebarkan produk demi memenuhi keperluan kewangan pelanggan kami, kami juga mempunyai khidmat nasihat yang penting bagi membantu pelanggan kami dalam membuat keputusan ke atas purtfolio mereka.

Kami tetap komited untuk Brunei dan yakin dengan prospek pertumbuhan produk kami di Brunei. Kami sentiasa berada di negara ini sebaiknya. Standard Chartered mempunyai sejarah yang lama selama ditubuhkan di Brunei dengan mengikuti permintaan tempatan dan kami akan terus mencari peluang dalam pertumbuhan dan pelaburan terutamanya dalam bidang Pengurusan Kekayaan, Jualan dan Institusi Perbankan dan Korporat.”

Dalam program itu, Penasihat Pelaburan Kanan di Bank Standard Chartered, Quan Lim, memberikan pandangan beliau mengenai prospek pasaran bagi jangkan masa terdekat hingga prospek jangka pertengahan. Ucaptama dalam seminar itu disampaikan oleh Damien Ng, yang juga Ketua Perniagaan Runcit Singapura di BlackRock. Beliau bertanggungjawab membangunkan dan mengekalkan hubungan dengan pelanggan perniagaan runcit untuk keluar dari Singapura, merangkumi pelbagai rangkaian produk termasuk dana bersama dan iShares ETF. Damien mempunyai pengalaman dalam industri kewangan melebih daripada 10 tahun.

Untuk maklumat lanjut mengenai pendekatan Pengurusan Kekayaan Standard Chartered, anda boleh layari www.sc.com/bn atau hubungi Pusat Panggilan hotline bank 24 jam 2658000.

Damien Ng berkongsi pandangan terhadap pasaran.
Damien Ng berkongsi pandangan terhadap pasaran.