SCB, Bank Baiduri sahkan tempat di separuh akhir bola jaring

SCB, Bank Baiduri sahkan tempat di separuh akhir bola jaring

Oleh Mohammad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mei – Pasukan Bank Standard Chartered (SCB) dan Bank Baiduri mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir dalam Kejohanan Bola Jaring Sukan Ria Antara Syarikat 2016 setelah selesainya kesemua permainan peringkat Kumpulan B, hari ini.

Pada perlawanan tersebut, Pasukan SCB dengan mudah menewaskan Pasukan QAF dengan jaringan 15-8 dan pada perlawanan kedua menewaskan Pasukan CIBFM dengan jaringan 10-6.

Pasukan Bank Baiduri pula berada di tempat kedua Kumpulan B dengan kemenangan ke atas Pasukan Kingston dengan jaringan 20-0 dan menang ke atas Pasukan Yayasan dengan mata 14-5.

Pasukan SCB.
Pasukan SCB.
Pasukan Bank Baiduri.
Pasukan Bank Baiduri.

Pasukan SCB akan bertemu dengan Pasukan DST di peringkat separuh akhir, sementara Bank Baiduri akan menentang juara bertahan B.T Forwarding selaku juara kumpulan A.

Keputusan lain dalam kejohanan itu antaranya Pasukan Yayasan menewaskan Jabatan Buruh (10-8), RBC tewas kepada QAF (2-10), CIBFM tewas kepada TelBru (1-13), Kingston tewas kepada RBC (1-6), RBC menewaskan Jabatan Buruh (7-3), QAF menang ke atas Yayasan (7-8), Jabatan Buruh menewaskan Kingston (6-4) dan TelBru menewaskan Yayasan (12-5).

ARTIKEL YANG SAMA