SCB beri ganjaran kepada pemohon kad baru

SCB beri ganjaran kepada pemohon kad baru

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Okt – Bank Standard Chartered (SCB) telah melancarkan kempen kad kredit terbarunya yang dikenali “Ganjaran dengan Kad Baru” bermula hari ini hingga 31 Disember dan memberi ganjaran kepada para pemohon baru kad kredit dengan pengecualian yuran selama tiga tahun dan baucar membeli belah di beberapa buah tempat membeli belah terkenal di negara ini.

Pemangku Ketua Produk dan Segmen Runcit, Wong Li Li dipetik sebagai berkata, “Kami gembira kerana dapat memberikan pelanggan baru kad kredit kami dengan ganjaran-ganjaran menarik.

Kami memahami orang tempatan adalah individu yang gemar melancong. Menjadi pemegang kad kredit Standard Chartered, para pelanggan bukan saja tidak terhad mendapatkan ganjaran dan diskaun perniagaan tempatan, tetapi juga boleh mendapat diskaun dunia antarabangsa di seluruh pasaran sejagat.”

Menurut kenyataan SCB di sini, sebagai sebahagian promosi, para pemohon baru kad kredit akan menerima baucar membeli belah sehingga $150 yang boleh digunakan di Chang Ein Hong, Supa Save, Kelab Golf Royal Brunei Airlines, Century Travel, AV Electronics, Integrated Communication Sdn Bhd dan The Empire Hotel & Country Club.

Para pelanggan yang memohon bagi kad kredit Visa Infinite pula akan diberikan tawaran yang diperbaharui yang baru-baru ini telah dilancarkan, termasuk akses Dragon Pass ke 800 ruang menunggu di lapangan terbang di seluruh dunia, insurans kemalangan perjalanan seluruh dunia bernilai sehingga $500,000 dan jumlah ganjaran berkait yang mana mata boleh diraih melalui deposit, pelaburan dan baki pinjaman.

ARTIKEL YANG SAMA