SCB Brunei lantik ketua baru

SCB Brunei lantik ketua baru

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Okt – Bank Standard Chartered (SCB) Brunei semalam telah memperkenalkan Ketua Pegawai Eksekutif Negara SCB, Anirvan G. Dastidar yang baru dilantik kepada para pelanggan, rakan kongsi dan orang-orang berkepentingan, pada majlis resepsi yang berlangsung di Ballroom Mutiara, Hotel Radisson.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Anirvan berkata, beliau sangat teruja ditawarkan peluang untuk menjawat jawatan ketua pegawai eksekutif di SCB Brunei.

“Kehadiran kami di Brunei sejak 1958, mencerminkan komitmen kami dalam pasaran dan melengkapkan kehadiran kami di seluruh ASEAN,” ujarnya lagi.

Anirvan bertanggungjawab dalam membangun dan menjalankan strategi perniagaan, hubungan kerjasama dengan pelanggan tempatan dan pengusaha serta pihak berkepentingan.

Ketua Pegawai Eksekutif Negara SCB Brunei yang baru dilantik.
Ketua Pegawai Eksekutif Negara SCB Brunei yang baru dilantik.

Beliau merupakan pegawai perbankan kanan dengan pengalaman lebih 20 tahun dan memegang pelbagai jawatan kanan di SCB termasuk ketua pegawai eksekutif di Filipina dan Sri Lanka.

Di samping itu, beliau juga mempunyai pengalaman dalam tadbir urus korporat, perbankan borong, pembiayaan projek, pasaran modal hutang dan juga perbankan pengguna.

Di bawah kepimpinan beliau, SCB Sri Lanka diiktiraf sebagai ‘Best in treasury and Working Capital for Multinational and Large Local Corporates’ pada tahun 2014 oleh Anugerah Aset Asia, Asset Magazine.

ARTIKEL YANG SAMA