SCB Car Boot Sale esok

SCB Car Boot Sale esok

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Dis – Bank Standard Chartered (SCB) akan mengadakan jualan amal Car Boot di kawasan letak kereta dekat Restoran Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada 13 Disember ini demi mengutip dana bagi ‘Seeing is Believing.’

Lebih 20 peserta dijangka menyertai Jualan Car Boot ‘Seeing is Believing’ SCB berkenaan dengan mengetengahkan pelbagai barangan jualan termasuk makanan dan minuman, pakaian, beg, buku-buku dan sebagainya.

Dibuka untuk kunjungan ramai dari 8 pagi hingga 12 tengah hari, jualan amal berkenaan juga dibukakan untuk penyertaan orang ramai dengan bayaran pendaftaran sebanyak $30 yang akan disumbangkan kepada inisiatif berkenaan dan peserta juga boleh menyumbangkan sebahagian hasil jualan mereka.

Menurut kenyataan SCB, gerai jualan juga akan menawarkan pelbagai barang dagangan terhad yang mana kesemua hasil jualan akan dihulurkan kepada ‘Seeing Is Believing.’

‘Seeing is Believing’ merupakan inisiatif amal global SCB untuk menangani masalah yang berbangkit dan mengelakkan kebutaan, yang telah bermula pada 2003 dengan matlamat untuk mengumpulkan AS$100 juta.

Bagi maklumat lanjut mengenai inisiatif-inisiatif kemapanan SCB, orang ramai boleh menghubungi Pusat Pelanggan 24 jam di talian 2658000 atau melayari laman sesawang www.sc.com/bn/sustainability/en.

ARTIKEL YANG SAMA