SCB hargai warga media

SCB hargai warga media

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Bahyiah Bakir

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Nov – Atas menghargai kerja keras media-media tempatan di negara ini, Bank Standard Chartered (SCB) kelmarin telah mengadakan Majlis Penghargaan Media yang diadakan di Megastrike Bowling, The Airport Mall.

Majlis yang bertemakan 70an itu dihadiri lebih daripada 100 wartawan dan penyunting dari sektor kerajaan dan swasta yang bertujuan bagi mengeratkan silaturahim sesama sendiri dan ahli kakitangan SCB.

Majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan perlawanan boling berkumpulan yang dijuarai oleh Pasukan Media Permata setelah memperoleh mata keseluruhan sebanyak 1251 mata.

Pasukan Media Permata yang menjuarai perlawanan boling berkumpulan.
Pasukan Media Permata yang menjuarai perlawanan boling berkumpulan.
Wakil-wakil dari Borneo Bulletin yang turut sama menghadiri majlis itu.
Wakil-wakil dari Borneo Bulletin yang turut sama menghadiri majlis itu.
Ketua Pegawai Eksekutif SCB, Rino (Donny) Donosepoetro bergambar ramai bersama kakitangan SCB dan wakil-wakil media yang menghadiri majlis tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif SCB, Rino (Donny) Donosepoetro bergambar ramai bersama kakitangan SCB dan wakil-wakil media yang menghadiri majlis tersebut.

Para peserta menerima hadiah berupa barangan cenderamata dari SCB.

Di samping itu, majlis diserikan lagi dengan cabutan-cabutan bertuah yang memberikan hadiah-hadiah menarik seperti tiket pakej pelancongan ke Kota Kinabalu dan Singapura dan hadiah utama berupa sebuah telefon pintar iPhone 6s dan sebuah komputer riba Apple Macbook Air.

ARTIKEL YANG SAMA