SCB hulur sumbangan kepada 10 buah keluarga

SCB hulur sumbangan kepada 10 buah keluarga

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun – Bank Standard Chartered (SCB) tidak ketinggalan dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik di bulan Ramadan yang mulia ini dengan menghulurkan sumbangan kepada 10 buah keluarga yang memerlukan di Daerah Brunei dan Muara, baru-baru ini.

Menurut kenyataan SCB, lebih 25 orang kakitangannya telah terlibat dalam pengagihan sumbangan tersebut yang berupa barangan keperluan rumah termasuk beras, minuman, makanan dalam tin, juadah raya, tilam dan token tambah nilai elektrik, yang kesemuanya dibeli menggunakan dana sumbangan kakitangan bank.

Ketua Hal Ehwal Korporat, Jenama dan Pemasaran, Marilyn Graeme, dipetik sebagai berkata, “Kami gembira kerana dalam bekerjasama dengan JAPEM untuk mengenal pasti keluarga-keluarga yang memerlukan bagi sumbangan berkenaan dan berharap sumbangan tersebut akan membawa keceriaan dan mengurangkan beban keluarga berkenaan menjelang perayaan yang bakal menjelang.”

Menurut beliau lagi, Program Kesukarelawanan Kakitangan Standard Chartered adalah unik bagi organisasi mereka di mana mereka menggalakkan kakitangan untuk menyertai aktiviti kesukarelawanan demi kebaikan masyarakat dan pasaran di mana SCB beroperasi.

Antara keluarga yang menerima sumbangan daripada SCB.
Antara keluarga yang menerima sumbangan daripada SCB.

“Ia adalah sebahagian daripada janji kami untuk ‘Kekal di Sini’,” ujar beliau lagi.

SCB adalah salah satu daripada beberapa organisasi yang secara aktif menggalakkan kakitangannya meluangkan masa daripada kerja untuk menjalankan aktiviti kesukarelawanan dengan memberikan cuti kesukarelawanan selama tiga hari kepada semua kakitangan sebagai tambahan kepada cuti tahunan mereka.

Menurut kenyataan itu, dengan lebih daripada 89,000 orang kakitangan di 70 buah pasaran, Standard Chartered percaya bahawa inisiatif-inisiatif kesukarelawanan ini akan mempunyai kesan positif yang besar di seluruh dunia di mana mereka beroperasi.

ARTIKEL YANG SAMA