SCB kurangkan jumlah pelaburan minimum

SCB kurangkan jumlah pelaburan minimum

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Feb – Bank Standard Chartered (SCB) sedang mengurangkan jumlah pelaburan minimum untuk produk Deposit Berstruktur kepada $5,000 yang sebelum ini syarat-syarat minimum untuk melabur adalah $20,000.

Menurut kenyataan SCB, inisiatif pengurangan ini adalah sebahagian daripada strategi SCB untuk membenarkan pelanggan yang berminat kemudahan yang lebih untuk meninjau penyelesaian yang lebih banyak untuk kekayaan dan pelaburan.

Pada masa yang sama, satu tranche Deposit Berstruktur baru telah pun dilancarkan dan tempoh langganan tranche baru itu akan diadakan sehingga 4 Mac 2016. Produk Deposit Berstruktur Kadar Tetap Dipertingkatkan SGD 5 Tahun Standard Chartered baru memaparkan tempoh lima tahun yang menawarkan jumlah bayaran pelaburan sebanyak 8.5% berbanding tempoh pemegangan deposit. Kupon pelaburan ini akan dibayar setiap tahun dan membawa risiko sederhana pada skala 3.

Ketua Pengurusan Kekayaan, Brenda Low dipetik sebagai berkata, “dengan syarat-syarat minimum yang lebih rendah dan dengan pelancaran tranche baru selang sebulan, Standard Chartered berhasrat menyediakan penyelesaian kekayaan yang lebih untuk pelanggan kami untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka sekarang atau mencuba produk pelaburan baru dengan risiko modal yang lebih rendah.

“Ia memberikan pelanggan kami kefleksibelan dan pilihan yang lebih banyak mengenai jenis-jenis pelaburan yang boleh dipilih dan dilanggan oleh mereka dan membuktikan kekayaan seseorang yang semakin bertambah bukan sahaja dikhaskan untuk pelanggan mewah tetapi juga boleh diperoleh oleh semua.”

SCB menawarkan pelbagai penyelesaian dan produk dengan syarat-syarat pelaburan minimum pelbagai tahap iaitu Amanah Saham – $1,000, Deposit Berstruktur – $5,000 (sebelumnya $20,000), Pelaburan Mata Wang Premium – $30,000, Bon – Bergantung pada mata wang (Misalnya, USD bermula pada AS$100 ribu, SGD bermula pada SGD$250 ribu) dan boleh diperoleh secara persendirian.

Pelabur berpotensi diwajibkan melengkapi satu penilaian profil risiko pelanggan untuk memastikan pelanggan memahami risiko mereka sebelum mengambil mana-mana produk kekayaan. Pelanggan yang ingin memahami trend pasaran juga boleh bercakap kepada Kaunselor Pelaburan dalam bank.

ARTIKEL YANG SAMA