SCB kutip sumbangan bantu SMARTER

SCB kutip sumbangan bantu SMARTER

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Ogos – Bank Standard Chartered (SCB), baru-baru ini, telah mengadakan kempen mengutip sumbangan bagi SMARTER bertema ‘Dress for Success’ yang mana semua kakitangan diminta menyumbangkan pakaian kerja lama mereka yang dijual pada jualan garaj SMARTER.

Ketua Hal Ehwal Korporat, Marilyn Graeme, dalam kenyataan SCB, hari ini, berkata kempen ini bermatlamat untuk melibatkan kakitangan dalam membantu SMARTER dengan objektif pengumpulan dana mereka menerusi Kedai SMARTER serta jualan garaj baru-baru ini.

“Selain kempen sumbangan ini, kami juga melibatkan beberapa kakitangan kami menerusi kerja sukarelawan untuk membantu pengedaran sumbangan berkenaan. Kami percaya bahawa semua usaha sama ada besar atau kecil akan memberi impak positif kepada komuniti di Brunei,” tambah beliau.

SCB berjaya mengumpulkan hampir 20 kotak barangan pakaian kerja lama.
SCB berjaya mengumpulkan hampir 20 kotak barangan pakaian kerja lama.

Menurut kenyataan berkenaan, kempen tersebut diadakan secara dalaman dalam tempoh dua minggu dan kakitangan dari keempat-empat daerah datang bersama-sama dan memberi sokongan.

Hampir 20 kotak barangan pakaian kerja seperti seluar, jaket, sut, baju t, beg dan aksesori telah berjaya dikumpulkan menerusi kempen berkenaan.

Maklumat lanjut mengenai inisiatif-inisiatif kemapanan SCB, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang www.sc.com/bn/sustainability/en.

ARTIKEL YANG SAMA