SCB lancar Jualan Perayaan Elektronik

SCB lancar Jualan Perayaan Elektronik

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jun – Bank Standard Chartered (SCB) melancarkan Jualan Perayaan Elektronik dengan kerjasama AV Electronics dan DSTIncomm bermula 17 Jun hingga 31 Julai 2016 dengan ganjaran kepada pelanggan yang berbelanja $500 atau lebih dalam satu resit akan menerima baucar $50 dan hadiah percuma daripada rakan kongsinya.

Promosi itu dibukakan kepada pelanggan AV Electronics Kiulap dan Kuala Belait, DSTIncomm Seria, Abdul Razak Kompleks dan The Mall Gadong. Selepas pembelian, pelanggan akan diberi baucar $50 untuk digunakan dalam pembelian mereka seterusnya. Mereka juga akan menerima hadiah percuma dari kedai mengikut budi bicara kedai yang mengambil bahagian.

Selain itu, SCB juga menawarkan kesemua ahli kad kredit mereka dengan promosi menarik pada musim perayaan ini seperti diskaun 35 peratus di restoran terpilih seperti Kaizen dan All Seasons, serta peluang untuk memenangi kereta Mercedes C180 Coupe AMG dengan setiap $50 yang dibelanjakan ke atas kad kredit mereka.