SCB lancar semula kad kredit Visa Infinite

SCB lancar semula kad kredit Visa Infinite

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Bank Standard Chartered (SCB) hari ini melancarkan semula kad kredit Visa Infinite baru yang menawarkan pelbagai kelebihan kepada pengguna.

Selain menawarkan akses tanpa had ke ruang istirahat di lapangan terbang (Airport Lounge), ia juga menawarkan insuran perjalanan, program mata ganjaran tahunan dan program faedah serantau.

Di ruang istirahat lapangan terbang, Visa Infinite terbaru ini memberikan Dragon Pass tanpa had kepada pemegangnya di lebih 800 ruang istrahat lapa-ngan terbang di seluruh dunia.

Ketua Segmen dan Produk Runcit SCB, Anant Singh memperkenalkan faedah-faedah baru itu pada pelancarannya hari ini, menekankan bahawa pemegang kad kredit itu secara automatik akan diberi nombor kekunci untuk mengakses Dragon Pass yang menawarkan pelbagai perkhidmatan.

“Manakala dalam faedah insurans perjalanan, pemegangnya dilindungi sehingga jumlah $500,000 dan peluang menikmati pelbagai ganjaran di 3,000 kedai di seluruh rantau ASEAN dan Asia,” katanya.

Anant Singh memberitahu Visa Infinite terbaru ini menawarkan akses tanpa had ke ruang istirahat di lapangan terbang, insurans perjalanan, ganjaran tahunan dan program faedah serantau.
Anant Singh memberitahu Visa Infinite terbaru ini menawarkan akses tanpa had ke ruang istirahat di lapangan terbang, insurans perjalanan, ganjaran tahunan dan program faedah serantau.

Menurutnya lagi, SCB amat teringin memberikan produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya, sekali gus mencerminkan komitmen SCB Brunei untuk terus me-ningkatkan perkhidmatan dan penawaran selaras dengan kemahuan dan perubahan gaya hidup pelanggan.

Kad kredit Visa Infinite ini bagaimanapun hanya dibukakan kepada pelanggan Priority Banking sahaja yang terdiri daripada pelanggan yang mempunyai aset simpanan sebanyak $150,000 di bawah pengurusan atau gaji bulanan $10,000 atau pinjaman rumah sebanyak $400,000 atau sebanding.

Setiap pelanggan baru bagi Kad Kredit Visa Infinite juga berpeluang menikmati hadiah sagu hati berupa baucar membeli belah di AV Electronic, Integrated Communication, Supa Save, Century Travel, Royal Brunei Golf Club, Chang Ein Hong, dan The Empire Hotel & Country Club bernilai $150.

ARTIKEL YANG SAMA