SCB lantik CEO baru

SCB lantik CEO baru

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Julai – Bank Standard Chartered (SCB) Brunei hari ini mengumumkan pelantikan Anirvan Ghosh Dastidar (gambar bawah) sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi francais SCB di sini.

Beliau akan menggantikan Rino ‘Donny Donosepoetro yang akan menggalas tanggungjawab sebagai CEO di Indonesia.

CEO SCB di Vietnam, ASEAN dan Pasaran Kluster Asia Tenggara, Nirukt Sapru berkata, “Pertama kali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Donny atas sumbangannya kepada perniagaan kami di Brunei. Dia telah mengemudi pertumbuhan francais dan yang terbaru, menubuhkan subsidiari pasaran modal kami, mengukuhkan komitmen dalam pasaran ini. Kami berharap beliau berjaya ketika melaksanakan tanggungjawab CEOnya di Indonesia.

“Kami masih lagi kekal komited di Brunei di mana kami mempunyai francais yang sudah lama ditubuhkan dan kami mengalu-alukan kepimpinan Anirvan bagi francais kami di Brunei.”

p19-1_20160712

Anirvan merupakan salah seorang pengurus kanan bank yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun. Beliau pernah memegang pelbagai jawatan kanan dalam masa 20 tahunnya bersama Standard Chartered, termasuk CEO di Filipina dan Sri Lanka.

Beliau memiliki pengalaman luas yang merangkumi penguasaan syarikat urus tadbir korporat dan risiko, perbankan borong, pembiayaan projek, pasaran modal hutang, serta perbankan pengguna.

Di bawah kepimpinannya, SCB Sri Lanka telah diiktiraf sebagai ‘Terbaik dalam Perbendaharaan dan Modal Kerja bagi Korporat Tempatan dan Multinasional’ dalam tahun 2014 oleh Asset Magazine’s Asset Asian Awards.

Sebagai CEO SCB di Brunei, Anirvan akan bertanggungjawab membangun dan melaksanakan strategi bagi perniagaan; mewujudkan hubungan dengan klien-klien dan perniagaan, serta pengawal atur dan stakeholder; modal dan paras keuntungan.

ARTIKEL YANG SAMA