SCB menang aksi persahabatan

SCB menang aksi persahabatan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Ogos – Sebagai sebahagian daripada usaha mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara kakitangan Bank Standard Chartered (SCB) dengan kakitangan Concepts Computer, perlawanan bola keranjang persahabatan telah diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Fitness Zone, Kiulap, kelmarin.

Perlawanan itu menyaksikan Pasukan Concepts Computer yang terdiri daripada kakitangan Concepts Computer dan rakan-rakan termasuk Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao menentang pasukan SCB yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif SCB Brunei, Rino Donosepoetro dengan pasukan SCB berjaya menewaskan pasukan Concepts Computer 88-80. Selain daripada mengeratkan lagi hubungan silaturahim, menerusi kegiatan sukan itu, ia dapat mempromosikan gaya hidup yang sihat.

Antara aksi menarik perlawanan persahabatan di antara pasukan SCB (jersi hitam) menentang pasukan Concepts Computer (Jersi biru).
Antara aksi menarik perlawanan persahabatan di antara pasukan SCB (jersi hitam) menentang pasukan Concepts Computer (Jersi biru).