SCB perkenal produk pelaburan buat pelanggan Perbankan Priority

SCB perkenal produk pelaburan buat pelanggan Perbankan Priority

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Dis – Bank Standard Chartered (SCB) bermula sekarang hingga 22 Disember ini telah menawarkan produk Simpanan Berstruktur Kadar Tetap Bertingkat Dolar Singapura 5 Tahun (5 Year SGD Step Up Fixed Rate Structured Deposit) yang terbuka untuk langganan bagi pelanggan Perbankan Priority yang mencari kepelbagaian dalam kawalan pelaburan mereka.

Produk berkenaan bercirikan tempoh matang lima tahun yang menawarkan pulangan setinggi 2.25 peratus setahun pada struktur deposit tahun lepas.

Kupon bagi pelaburan ini akan dibayar secara tahunan dan membawa kadar risiko sederhana tahap tiga.

Ketua Pengurusan Harta, Brenda Low dalam kenyataan yang diterima hari ini mengatakan, Standard Chartered menawarkan banyak produk pelaburan yang sentiasa dikemas kini dan diperbaharui. Di samping nasihat strategi pelaburan terkini dan kemas kini pasaran, SCB juga berhasrat untuk memastikan yang klien mereka mempunyai keupayaan bukan saja mempelbagaikan portfolio mereka dengan mudah namun meningkatkan pergerakan pasaran dengan mudah.

Sementara itu, Pengurus Perbendaharaan Produk, Pendapatan Tetap dan Produk Berstruktur, Tan Chee Hau berkata: “Produk deposit berstruktur ini dihasratkan untuk para pelabur yang mempunyai pandangan ke atas kadar faedah pasaran dan mereka yang tidak menjangkakan kadar itu akan menjadi lebih tinggi daripada kadar kupon yang Deposit Berstruktur bayar semasa tenor tersebut.”

SCB menawarkan produk pelaburan yang luas daripada Unit Trusts, Pelaburan Mata wang Premium, Bond dan Produk Berstruktur.

Pelaburan yang berpotensi dikehendaki untuk melengkapkan penilaian profil risiko klien untuk memastikan yang klien-klien memahami keinginan risiko mereka sebelum mengambil mana-mana produk pelaburan. Klien yang berhasrat untuk memahami trend pasaran juga boleh menemui Penasihat Pelaburan bank berkenaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Deposit Berstruktur Standard Chartered, hubungi hotline 24 jam bank berkenaan di talian 2658000 atau membuat temu janji dengan Pengurus Perhubungan.