SCB pilih 4 pelanggan bertuah promosi pinjaman selenggara rumah

SCB pilih 4 pelanggan bertuah promosi pinjaman selenggara rumah

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Empat pelanggan bertuah Bank Standard Chartered (SCB), hari ini, masing-masing membawa pulang hadiah menarik setelah terpilih dalam promosi Pinjaman Penyelenggaraan Rumah yang diadakan pada bulan Jun lalu.

Awang Mohd Afandi bin Abdullah @ Pan Nyuk Syn, Awang Puasa bin Punggot, Haji Mohd Hussaini bin Haji Zahari dan Dayang Suryati binti Metusin membuat cabutan dan menerima hadiah masing-masing di majlis yang berlangsung di cawangan SCB Tanjung Bunut.

Hadiah-hadiah dalam cabutan bertuah berkenaan termasuk alat penggoreng tanpa minyak Phillips, TV LED dan sistem teater rumah.

Ketua Pinjaman dan Segmen Runcit SCB, Cheok Fui Say, dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, berkata “Di Bank Standard Chartered, kami memahami bahawa membina rumah adalah salah satu perkara penting bagi pelanggan kami.

“Dengan pakej-pakej Pinjaman Penyelenggaraan Rumah, para pelanggan dapat membina rumah dan menambah rumah mereka, atau memperbaikinya,” ujarnya.

Empat pelanggan bertuah SCB yang menerima hadiah masing-masing sempena promosi Pinjaman Penyelenggaraan Rumah yang diadakan pada bulan Jun lalu.
Empat pelanggan bertuah SCB yang menerima hadiah masing-masing sempena promosi Pinjaman Penyelenggaraan Rumah yang diadakan pada bulan Jun lalu.

Semasa promosi berkenaan, yang berjalan dari 24 April hingga 31 Julai, pelanggan yang memohon bagi pinjaman berkenaan layak menyertai cabutan bertuah, dan pada penghujung promosi, empat pelanggan dipilih menerusi cabutan dan dimaklumkan menerusi pesanan ringkas.

SCB dalam kenyataannya turut memberitahu bahawa mereka mempunyai pelbagai produk pinjaman rumah yang akan membantu pelanggan merealisasikan rumah impian.

Di samping itu, mereka juga mempunyai pasukan pakar gadai janji yang dedikasi, SCB juga boleh menguruskan penilaian hartanah, pendokumenan legal, insurans kebakaran dan jaminan pengurangan tempoh gadai janji.

Bagi maklumat lanjut mengenai jenis-jenis pinjaman peribadi dan Perbankan Dalam Talian dan cara pembayaran bil, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.sc.com/bn atau mengikuti laman Facebook SCB di www.facebook.com/StandardCharteredBN.

ARTIKEL YANG SAMA