SCB raih emas Cabaran Tiga Negara

SCB raih emas Cabaran Tiga Negara

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Sept – Pasukan bola keranjang Standard Chartered Brunei (SCB) berjaya membawa pulang pingat emas selepas mencatat kejayaan dalam kejohanan Piala Cabaran Tiga Negara baru-baru ini.

Dalam penyertaan sulungnya bersama 40 kakitangan, SCB menewaskan Standard Chartered Malaysia dan Singapura dalam empat acara sukan.

Antara acara yang dipertandingkan adalah bola keranjang, futsal, badminton dan boling. SCB juga membawa pulang pingat gangsa untuk tiga lagi acara lain yang telah dilangsungkan di pelbagai venue di Singapura.

Sukan lain yang disertai pasukan Malaysia dan Singapura termasuklah dart, bola sepak, bola jaring, catur, golf, tenis, pingpong, kriket, renang dan skuasy.

Pasukan SCB bergambar bersama pingat dan piala semasa majlis makan malam.
Pasukan SCB bergambar bersama pingat dan piala semasa majlis makan malam.

pg20_150908_b

pg20_150908_c

Cabaran tahun ini ditutup pada 5 September dengan majlis makan malam di mana para pemenang telah dianugerahkan dengan trofi dan pingat yang disampaikan oleh pengurus kanan Standard Chartered Bank.

Ketua Hal Ehwal Korporat dan Pengerusi Kelab Rekreasi, Marilyn Graeme, yang menyelaraskan kontinjen berkata, “Cabaran Tiga Negara dan Piala David Moir benar-benar menambah nilai kerja sebuah organisasi antarabangsa seperti Standard Chartered di mana kita boleh memanfaatkan kehadiran untuk menawarkan pengalaman unik pada tahap berbeza.

“Kita bekerja dengan lancar merentasi sempadan sehingga kepada program global seperti marathon, ganjaran penajaan perjalanan ke Liverpool dan juga cabaran seperti sukan ini. Saya amat berbangga dengan kerja keras pasukan membuat persiapan di samping tugasan tetap pekerjaan mereka.”

Pasukan bola keranjang SCB beraksi dalam kejohanan Cabaran Tiga Negara di Singapura.
Pasukan bola keranjang SCB beraksi dalam kejohanan Cabaran Tiga Negara di Singapura.
Pasukan badminton SCB yang menyahut Cabaran Tiga Negara.
Pasukan badminton SCB yang menyahut Cabaran Tiga Negara.
Pasukan boling SCB.
Pasukan boling SCB.
Pasukan futsal SCB.
Pasukan futsal SCB.

Ketua pasukan Lim Chee Boon, Yap Chun Ping, Abdul Hafiy Yunsi dan Tan Chee Hau yang mengetuai badminton, bola keranjang, futsal dan boling pasukan masing-masing menyifatkan cabaran ini sebagai pengalaman yang benar-benar hebat kerana dapat bertemu rakan-rakan.

“Latihan ini telah membentuk ikatan lebih rapat di kalangan ahli pasukan dan sebagai kontinjen. Semangat berpasukan dan sokongan antara satu sama lain amat memberangsangkan. Semua orang tidak sabar-sabar menunggu cabaran tahun depan.”

Sukan SG/KL merupakan acara tahunan yang diasaskan oleh David Moir pada lewat 80-an untuk menggalakkan keakraban dan meningkatkan rangkaian Standard Chartered Malaysia dan Singapura.