SCB rapatkan jurang gender pekerja

SCB rapatkan jurang gender pekerja

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mac – Menurut kenyataan dari Bank Standard Chartered Brunei (SCB), mereka secara berterusan membuktikan bahawa dengan kemajuan kerjaya, jantina tidak mengambil peranan dalam setiap kejayaan pekerja.

Bersempena tema Hari Wanita Antarabangsa 2016, ‘Pledge for Parity’ iaitu ‘berjanji untuk kesamaan’, SCB Brunei mengeluarkan perangkaan pekerja terbaru mereka yang menunjukkan bahawa pada Mac 2016, 67 peratus tenaga kerjanya terdiri daripada golongan wanita. Daripada hampir 300 pekerja, 80 peratus daripada jawatan pengurusan bank kini dipegang oleh wanita.

Pegawai Pengawal Kewangan, Annie Ng dipetik sebagai berkata, “SCB merupakan syarikat berorientasikan prestasi yang memanfaatkan bakat para pekerjanya untuk mencapai objektif-objektif syarikat dan juga memenuhi cita-cita individu. Saya berasa bangga untuk menjadi sebahagian daripada organisasi ini yang tidak mengira jantina seseorang dalam melanjutkan kerjaya individu di perbankan tempatan mahupun di peringkat global. Pihak bank pada hakikatnya melalui diversiti dan inisiatif penyertaan, memastikan suara-suara wanita itu didengar dan diterima pakai.