SCB sumbang peralatan bantuan visual

SCB sumbang peralatan bantuan visual

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mac – Bank Standard Chartered (SCB) telah menyumbangkan peralatan bantuan visual bernilai lebih $10,000 kepada 19 orang pelajar yang mengalami masalah penglihatan, bagi menyediakan mereka peluang yang sama untuk belajar di sekolah-sekolah biasa.

Penyerahan sumbangan kepada para penerima yang telah dikenal pasti melalui Unit Pendidikan Khas berkenaan telah diadakan di Ibu Pejabat Unit Pendidikan Khas (UPK) di Gadong pagi tadi.

Hadir menyempurnakan penyerahan sumbangan ialah Ketua Pegawai Eksekutif SCB Brunei, Rino Donosepoetro.

Beliau berkata, sejak tahun 2003, SCB telah berminat dengan perjuangan untuk mengelakkan, mencegah atau merawat masalah penglihatan dan telah banyak inisiatif aktif dalam dan luar negara dilaksanakan untuk menangani masalah ini di bawah Program ‘Seeing is Believing’.

“Melalui sumbangan barang-barang ini, kami berharap dapat menyediakan pelajar masalah penglihatan dengan peralatan yang betul untuk membantu mereka dengan kerja-kerja sekolah mereka, dengan itu dapat mencapai kecemerlangan di sekolah dan ke arah masa depan yang lebih cerah,” katanya lagi.

Antara pelajar yang menerima peralatan bantuan visual bagi membantu meningkatkan kemampuan pelajar-pelajar masalah penglihatan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SCB Brunei.
Antara pelajar yang menerima peralatan bantuan visual bagi membantu meningkatkan kemampuan pelajar-pelajar masalah penglihatan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SCB Brunei.
Pengiran Sarimah berkata, sehingga kini lebih 50 orang pelajar menerima peralatan seperti kaca mata, kanta pembesar, kamus bersuara, komputer riba, saintifik kalkulator bersuara, tongkat putih dan perkins brailer sejak 2004.
Pengiran Sarimah berkata, sehingga kini lebih 50 orang pelajar menerima peralatan seperti kaca mata, kanta pembesar, kamus bersuara, komputer riba, saintifik kalkulator bersuara, tongkat putih dan perkins brailer sejak 2004.
Sesi bergambar ramai.
Sesi bergambar ramai.

Pemangku Ketua Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan, Pengiran Sarimah binti Pengiran Haji Ahmad pula berkata, sehingga sekarang, lebih 50 orang pelajar telah menerima peralatan seperti kaca mata, kanta pembesar, kamus bersuara, komputer riba, saintifik kalkulator bersuara, tongkat putih dan perkins brailer sejak tahun 2004.

Katanya, pihak UPK mendapati alat bantu yang disumbangkan kepada lebih 50 orang pelajar berkenaan telah membantu meningkatkan kemampuan pelajar-pelajar masalah penglihatan dalam mengikuti pembelajaran dalam kelas inklusif bersama rakan sebaya mereka.

Beliau turut mengongsikan bahawa seramai 11 orang pelajar masalah penglihatan sedang mengikuti pengajian di peringkat pengajian tinggi umpamanya di Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan juga di luar negeri.

“Kami amat berterima kasih atas sokongan berterusan Bank Standard Chartered yang telah diberikan kepada Unit Pendidikan Khas. Sumbangan ini akan pergi jauh ke arah meningkatkan keperluan pembelajaran kanak-kanak masalah penglihatan di sekolah dan benar-benar membuat perbezaan dalam kehidupan mereka, menggalakkan mereka untuk menjadi pelajar yang aktif dan membolehkan mereka untuk bercita-cita ke tahap lebih tinggi”.

SCB telah bekerjasama dengan V-Care Optical untuk menderma kaca mata dengan kanta dipasang khas untuk pelajar masalah penglihatan yang rendah. Selain itu, bank itu juga menyumbangkan Perkins Braillers untuk pelajar masalah penglihatan yang akan membantu melahirkan pengguna Braille dan memudahkan pembelajaran mereka, serta kamus bersuara.

Pada majlis penyerahan itu, para tetamu juga telah dibawa melawat kemudahan untuk pelajar cacat penglihatan serta menunjukkan bagaimana pelbagai peralatan di pusat itu digunakan untuk membantu mereka dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.

‘Seeing is Believing’ merupakan inisiatif global SCB untuk menangani masalah penglihatan. Ia merupakan kerjasama dengan Agensi Antarabangsa untuk Pencegahan Kebutaan (IAPB) dan organisasi penjagaan mata yang terkemuka.

Ia mengumpulkan dana untuk pelaburan dalam projek-projek penjagaan mata dengan tujuan untuk memberi kesan jangka panjang dalam bidang keperluan yang tinggi. SCB telah komited untuk mengumpulkan AS$100 juta menjelang 2020 untuk program ini melalui pengumpulan dana dan pelaburan bank.

Di Brunei, SCB terus menunjukkan komitmennya kepada masyarakat cacat penglihatan dengan bekerja rapat dalam pelbagai inisiatif dengan Unit Pendidikan Khas, Klinik Mata dan Persatuan Orang Buta Kebangsaan Brunei Darussalam (BDNAB).

ARTIKEL YANG SAMA