SCB tampil produk, ganjaran menarik

SCB tampil produk, ganjaran menarik

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Sept – Bank Standard Chartered (SCB) juga tidak ketinggalan untuk menyertai Pesta Pelancongan Brunei yang akan diadakan di Hotel Centrepoint, Gadong, di mana pelanggan dan pemohon kad kredit SCB akan layak menerima hadiah seperti baucar membeli-belah, tiket-tiket wayang dan barangan korporat SCB.

Di samping itu juga, semasa pesta yang akan bermula esok hingga 4 September ini, pelanggan sedia ada yang merujuk seorang rakan untuk permohonan kad kredit yang berjaya akan layak membuat satu cabutan hadiah bagi setiap pemohon.

Sementara itu, pemohon kad kredit yang berjaya membuat permohonan semasa pesta itu juga akan layak membuat cabutan bertuah segera, menurut kenyataan yang dikeluarkan SCB, hari ini.

Ketua Produk dan Segmen Runcit, Anant Singh dipetik sebagai berkata, “Ia merupakan peluang hebat bagi pelanggan-pelanggan berpotensi untuk mendaftar bagi produk-produk kad kredit kami, atau untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk kami yang lain semasa pesta itu.

“Kad-kad kredit kami menawarkan ganjaran-ganjaran menarik serta diskaun-diskaun dan faedah pada lebih 600 rakan hampir di seluruh bandar di Asia,” tambah beliau.

Para pemohon yang mendaftar bagi kad kredit Standard Chartered akan layak bagi promosi kad kredit ‘Apply and Be Rewarded’ bank berkenaan, yang memberi ganjaran kepada semua pemohon kad kredit baru dengan tiga tahun pengecualian yuran.

Pelanggan yang mendaftar bagi kad kredit Visa Platinum dan Visa Infinite akan menerima baucar bernilai $120 dan $150 masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA