SCB tawar diskaun sehingga $100

SCB tawar diskaun sehingga $100

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Dis – Bank Standard Chartered (SCB) akan menawarkan diskaun sehingga $100 apabila pelanggan mengguna-kan kad kreditnya untuk membeli pelan iPhone pada Karnival DST yang bakal bermula esok (4 Disember) hingga 6 Disember di Dewan BRIDEX, Jerudong.

Menurut kenyataan SCB, hari ini, pelanggan yang membeli pelan iPhone pada karnival berkenaan menggunakan kad kredit SCB dalam satu resit akan mendapat diskaun $50 bagi pembelian kurang daripada $500 atau $100 bagi pembelian $500 ke atas dalam satu resit.

Untuk mendapatkan diskaun ini, pelanggan perlu menunjukkan resit pembelian kad kredit mereka di pondok SCB.

Selain daripada itu, bank berkenaan juga akan mengadakan promosi pinjaman peribadi, dengan pelanggan yang memohon bagi pinjaman peribadi berjumlah di antara $20,000 dan $49,999 akan menerima baucar Hua Ho bernilai $100. Jika jumlah pinjaman melebihi $50,000, pelanggan akan menerima baucar bernilai $300.

Pelanggan yang berkunjung ke petak SCB di B44 juga akan berpeluang mencuba nasib dalam roda hadiah menerusi acara ‘Fill In and Spin’ dengan hanya mengisi borang Pemeriksaan Kesihatan Kewangan.

Hadiah-hadiah yang berpeluang dimenangi termasuk barangan dagang SCB daripada peredup matahari hingga alat tulis dan botol air.

Ketua Pinjaman dan Segmen Runcit, Cheok Fui Say dipetik sebagai berkata; “Kami teruja kerana dapat menyertai Karnival DST tahun ini. Kami menyediakan tawaran khas bagi acara ini, dan kami berharap pelanggan dan potensi pelanggan kami akan menyukainya hujung minggu ini”.

ARTIKEL YANG SAMA