SCB tawar ganjaran guna kad kredit

SCB tawar ganjaran guna kad kredit

pg18_151006_b

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Okt – Para pelanggan Bank Standard Chartered kini akan diberi ganjaran kerana menggunakan kad kredit Visa Infinite dan Visa Platinum.

Bermula 15 September hingga 15 Disember, 100 pelanggan pertama yang mencapai sasaran perbelanjaan akan menerima hadiah jaminan seperti buku kecil baucar untuk berbelanja di Kompleks Membeli-belah Mabohai, Kaizen, AV Electronic dan Nurwanita bernilai BND100, mesin Nespresso Pixie, Samsonite Basal, atau dua tiket pergi balik ke Singapura.

Cheok Fui Say, Ketua Produk Runcit dan Segmen berkata, “Bank Standard Chartered sentiasa beroperasi untuk memberikan para pelanggan apa yang mereka inginkan dan perlukan. Dengan promosi ini, kami dapat memberi ganjaran kepada pelanggan-pelanggan kami dengan hanya menggunakan kad kredit mereka. Ini adalah cara kami untuk menyatakan terima kasih kerana bersama kami dan kami berharap para pelanggan kami berasa gembira dalam berurusan bank dengan kami.”

Bagi pelanggan untuk layak bagi promosi ini, mereka mesti membuat pembayaran menggunakan kad kredit Visa Infinite dan Visa Platinum untuk memenuhi sasaran perbelanjaan berkumpul.

Hadiah-hadiah adalah terhad dan hanya 100 pelanggan pertama yang telah memenuhi tingkat perbelanjaan mereka pada hujung promosi akan menerima hadiah mereka.

Para pelanggan akan dimaklumkan melalui pesanan ringkas menerusi nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan bank ini dan mereka juga akan layak menerima satu hadiah.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat dan terma promo ‘Swipe and Be Rewarded Visa Infinite and Visa Platinum’, atau untuk mengetahui lebih banyak tentang kemudahan kad kredit Bank Standard Chartered, layari laman sesawang bank, www.sc.com/bn, hubungi 2658000 atau kunjungi cawangan Standard Chartered berhampiran dengan awda.

ARTIKEL YANG SAMA