SCB terima anugerah Reben Merah ASEAN

SCB terima anugerah Reben Merah ASEAN

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Bank Standard Chartered (SCB), kelmarin, telah menerima Anugerah Reben Merah ASEAN bagi Tempat Kerja Cemerlang (ARROW) sebagai satu pengiktirafan bank berkenaan berhubung Program HIV dan AIDS di tempat kerja, pada majlis yang diadakan di Bogor, Indonesia.

Anugerah itu dilaksanakan buat pertama kalinya oleh Gabungan Perniagaan ASEAN mengenai HIV dan AIDS (ASEAN-BCA) dan yang diambil pendekatan oleh Para Pegawai Buruh Kanan ASEAN.

Dalam kenyataan yang diterima di sini, hari ini, Ketua Hal Ehwal Korporat, Jenama dan Pemasaran SCB Brunei, Marilyn Graeme, yang menerima anugerah itu bagi pihak bank berkenaan berkata: “Kami sangat teruja untuk menerima Anugerah ARROW atas pengiktirafan usaha HIV Champions di SCB Brunei yang telah menekankan pengetahuan mengenai HIV dan AIDS di negara ini.

“Ia adalah pendorong semangat kami untuk meneruskan usaha mendidik serta mencari usaha sama yang cekap bagi menyebarkan fakta mengenai HIV dan AIDS untuk menyangkal mitos dan mengurangkan stigma.

“Dengan sekitar lima juta orang yang mengidap HIV di rantau Asia Pasifik, masih terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan. HIV tidak diskriminasi. Manusia lakukannya dan kita seharusnya berubah cara pandangan kita,” ujarnya lagi dalam kenyataan tersebut.

Marilyn Graeme bagi pihak SCB Brunei ketika menerima anugerah berkenaan.
Marilyn Graeme bagi pihak SCB Brunei ketika menerima anugerah berkenaan.

Tambah kenyataan itu lagi, SCB telah dicalonkan berdasarkan kriteria-kriteria antaranya seperti berpegang teguh pada dasar-dasar dan tiada sifat diskriminasi dan kerahsiaan kepada para pekerja berkaitan dengan HIV dan AIDS, menyediakan kakitangan akses kepada perkhidmatan untuk menjalani kaunseling dan ujian, mewujudkan program kesedaran bagi para pekerja berhubung HIV dan AIDS di tempat kerja, memberikan para pekerja akses kepada latihan mengenai HIV dan AIDS dan sebagainya.

Pada 2003, SCB Brunei adalah organisasi pertama yang mengimplementasikan latihan dan pendidikan HIV kepada para kakitangannya di Brunei.

Bank itu juga organisasi pertama yang melanjutkan program pendidikan HIV ke institut pengajian tinggi tempatan dan swasta di Brunei menerusi kolaborasi bersama Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Majlis AIDS Brunei Darussalam untuk mendidik lebih 1,000 pelajar, 350 komuniti jururawat serta kesemua anggota kakitangannya antara tahun 2004 dan 2005.

SCB juga menyokong Majlis AIDS Brunei Darussalam dalam mewujudkan ibu pejabat dan pejabat pertamanya serta terus berganding bahu dengan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atas inisiatif menekankan pendidikan dan kesedaran berkaitan HIV dan AIDS.

Sehubungan itu, SCB akan terus menawarkan program pendidikan Gaya Hidup Positif bersama ahli dan persatuan luar secara percuma.

Persatuan-persatuan yang berminat menyertai program itu bolehlah menghubungi bank berkenaan melalui e-mel ke alamat corporate-affairs.brunei@sc.com atau mesej persendirian ke laman Facebook bank di facebook.com/StandardCharteredBN atau layari laman web at www.sc.com/bn/sustainability/en.

ARTIKEL YANG SAMA