SCB terus mara tanpa kalah

SCB terus mara tanpa kalah

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mei – Pertembungan dua pasukan dari Bank Standard Chartered dan (SCB) Bank Baiduri menjadi kemuncak perlawanan hari ke-4 Kejohanan Bola Jaring Sukan Ria Antara Syarikat apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan pada perlawanan di Kompleks Sukan Jabatan Kerja raya (JKR), Berakas hari ini.

Corak serangan pantas Pasukan SCB lebih mendominasi perlawanan meskipun mendapat tentangan hebat daripada barisan pemain Bank Baiduri yang tidak beralah untuk mendapatkan kedudukan teratas Kumpulan B kejohanan itu.

Namun setelah selesai dua set perlawanan, ternyata barisan pemain SCB lebih menyerlah dengan meraih kemenangan dengan mata 10-9 setelah jaringan terakhir Pasukan Baiduri tidak diterima pengadil perlawanan setelah tamat masa penuh perlawanan.

Pasukan SCB pada hari ini menentang empat pasukan dan meneruskan rekod tanpa kalahnya apabila menewaskan Kingston (15-1), Jabatan Buruh (15-5) dan mangsa terakhir SCB adalah Pasukan TelBru dengan mata 10-5.

Sementara itu saingan rapat SCB iaitu Bank Baiduri pula berjaya mengalahkan dua pasukan lain antaranya ketika menentang QAF dengan mata 13-6 dan CIBF dengan mata 13-6 meskipun terpaksa akur dengan kekalahan di tangan SCB.

Barisan Pemain SCB begambar ramai selepas permainan menentang Bank Baiduri hari ini.
Barisan Pemain SCB begambar ramai selepas permainan menentang Bank Baiduri hari ini.

Keputusan perlawanan bagi Kumpulan A pada hari ketiga semalam memperlihatkan CBTL tewas kepada B.T. Forwarding (1-20), BIBD menewaskan Darussalam Asset (9-5), RB menewaskan DST (10-12), Aegis Solution tewas kepada JPMC (2-12), KPMG tewas kepada B.T. Forwarding (2-21), CBTL tewas kepada BIBD (0-10), Darussalam Asset tewas kepada RB (3-11), B.T. Forwarding menewaskan Aegis Solution (16-0), DST mengalahkan KPMG (25-1), CBTL tewas kepada JPMC (0- 15), Aegis Solution tewas kepada BIBD (3-7) dan B.T. Forwarding menewaskan DST (13-11).

Sementara itu dalam Kumpulan B yang diadakan hari ini, CIBF menewaskan Yayasan (11-9), RBC tewas di tangan TelBru (1-14), bank Baiduri menewaskan QAF (13-6), Kingston menewaskan CIBFM (9-5), Yayasan menewaskan RBC (5-4), TelBru menewaskan Jabatan Buruh (15-2) dan Kingston tewas di tangan QAF (4-15).

ARTIKEL YANG SAMA