Schindler Liftec rasmi pejabat baru

Schindler Liftec rasmi pejabat baru

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Sejak ditubuhkan 17 tahun yang lalu di negara ini, Schindler Liftec Brunei terus berkembang dengan jayanya dan hari ini, syarikat berkenaan telah merasmikan pejabat barunya di Bangunan Setia Kenangan, di Kiulap.

Majlis Pembukaan Rasmi Pejabat Baru Schindler itu disempurnakan oleh Pengarah Schindler Liftec Brunei, Pengiran Haji Alimin bin Pengiran Setia Jaya Pengiran Haji Abdul Momin bersama Pengarah Baru, Antah Schindler Malaysia, Henry Lam.

Henry Lam mengatakan Schindler Liftec yang menyediakan perkhidmatan dan produk berkaitan lif dan escalator itu mengamalkan lima prinsip dalam perniagaannya iaitu keselamatan, kepercayaan, kualiti produk, membangunkan kumpulan dan mewujudkan nilai kepercayaan pelanggan.

“Prinsip ini merupakan cara kami bertahan dalam membina hubungan perniagaan dengan rakan kongsi kami,” jelasnya.

Pengiran Haji Alimin dan Henry Lam ketika merasmikan pejabat baru Schindler.
Pengiran Haji Alimin dan Henry Lam ketika merasmikan pejabat baru Schindler.
Pejabat baru Schindler Liftec Brunei yang terletak di Bangunan Setia Kenangan, Kiulap.
Pejabat baru Schindler Liftec Brunei yang terletak di Bangunan Setia Kenangan, Kiulap.

Sejak ia ditubuhkan, jenama ini mendapat penerimaan yang baik dan dipercayai terutama dalam keselamatan dan kualiti produknya.

Majlis juga diteruskan dengan pengenalan produk 5500 yang disampaikan oleh Pengurus Cawangan Schindler Liftec Lee Kar Wai dan doa selamat dipimpin oleh Pengiran Haji Radiman bin Pengiran Haji Tengah.