Schippers timbang sertai lompat jauh

Schippers timbang sertai lompat jauh

BRUSSELS, 11 Sept (Reuters) – Ratu pecut Belanda Dafne Schippers, yang memenangi pingat emas 200 meter dan perak bagi acara 100 meter pada kejohanan dunia bulan lepas di Beijing, menimbang untuk menyertai acara lompat jauh pada musim akan datang.

Schippers percaya dia mampu membuat lompatan tujuh meter, pencapaian yang akan meletakkan dia sebaris dengan persembahan enam atlet teratas pada 2015.

“Saya mahu melakukan sesuatu yang lain dan bukan sekadar acara pecut,” bekas atlet heptatlon itu memberitahu sidang media menjelang pertarungan dalam Liga Diamond di Brussels hari ini.

Bagaimanapun, Schippers berkata dia akan memberi fokus ke atas acara 100, 200 dan 4 x 400 berganti-ganti di Olimpik Rio tahun depan.

Lompat jauh bukan perkara baru bagi juara pecut dunia itu kerana dia adalah pemegang rekod Belanda dengan catatan 6.78 meter bagi acara heptatlon yang disertainya.

“Saya berlatih acara lompat jauh setiap dua minggu,” kata Schippers.