Schmeichel ikat kontrak dengan Leicester

Schmeichel ikat kontrak dengan Leicester

LEICESTER, 7 Ogos – Penjaga gol Leicester City, Kasper Schmeichel menandatangani kontrak baharu untuk kekal bersama juara Liga Perdana Inggeris itu selama lima tahun lagi.

Pemain berusia 29 tahun dari Denmark itu, berkata: Saya kembali (daripada kejayaan menjadi juara) sudah pastinya yakin ini adalah tempatnya untuk saya bermain”.

Schmeichel mengikut jejak langkah bapanya – penjaga gol legenda Manchester United, Peter Schmeichel – dengan merangkul kejuaraan liga musim lalu dengan apa yang disifatkan sebagai sesuatu yang mengejutkan dalam sejarah bola sepak.

Dia yang bermain dalam semua perlawanan bersama Leicester musim lalu dengan rekod 15 kali tanpa bolos menyertai kelab berkenaan pada 2011 dan sudah membuat lebih 200 penampilan.

Leicester, yang juga mempunyai penjaga gol Ron-Robert Zieler, akan mulakan pertahanan kejuaraan menentang Hull pada 13 Ogos ini. – AP

Kasper Schmeichel (kiri) melihat pemain rakan sepasukannya Robert Huth (atas kiri) dan pemain tengah Paris Saint-Germain Jonathan Ikone semasa Perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) yang berlangsung di Pusat Stubhub di Carson, California pada 30 Julai lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA