Schnyder kembali semula selepas lima tahun tidak beraksi

Schnyder kembali semula selepas lima tahun tidak beraksi

GSTAAD, Switzerland, 13 Julai – Bekas pemain 10 teratas Patty Schnyder tidak mempunyai idea apa yang akan dihadapinya ketika kembali ke WTA selepas tidak beraksi selama lima tahun.

Pemain Swiss berusia 37 tahun dan ibu kepada seorang anak itu bermain pada Kejohanan Wanita di Gstaad pada minggu ini.

Schnyder kali terakhir bermain pada peringkat elit pada Terbuka Perancis 2011, di mana dia keluar daripada perlawanan selepas kekalahan pusingan pertama ekoran keputusan yang teruk dan kekecewaan berbulan-bulan lamanya.

Namun selepas keluar selama beberapa tahun, pemenang kejohanan 11 kali itu dengan kerjaya sebelumnya terdiri daripada masalah peribadi dan latihan, berkata dia mulai merasai tusukan persaingan.

Dia akhirnya bertindak untuk memilih 2015, memulakan kerjayanya sekali lagi pada peringkat Futures dan Challenger.

Dia memenangi kejuaraan kecil di Prague dan Bangkok pada musim lalu dan menambah Bastad pada Mei lalu.

“Adalah sukar untuk memberitahu apa yang akan berlaku,” kata Schnyder semalam di Alps dengan perlawanan dibatalkan.

“Anda hanya boleh menilai sebaik sahaja anda telah bermain menentang pemain wa-nita.

“Adalah sukar untuk berkata apa yang akan menjadi minggu hebat di sini. Jika saya bermain hebat dalam perlawanan pertama dan pencabar saya bermain dengan lebih baik, maka, adakah ia merupakan minggu yang baik?

“Saya rasa saya sudah bersedia untuk mencuba dan memenangi mana-mana perlawanan setiap kali saya memasuki gelanggang. Keadaan adalah sama dalam mana-mana pusingan.”

Kesemuanya adalah baru bagi peserta separuh akhir Roland Garros 2004 dalam bilik loker yang dihuni kebanyakannya oleh wajah pemain muda yang tidak pernah ditemuinya dan pastinya belum berlawan.

Kumpulan itu diketuai oleh pemain Serb Jelena Jankovic, yang mencatat 3-3 dengan Schnyder. – AFP