Scholes punca penyokong cemuh – Van Gaal

Scholes punca penyokong cemuh – Van Gaal

LONDON, 15 Mei (Agensi) – Louis van Gaal menegaskan pemain legenda kelab itu, Paul Scholes perlu bertanggungjawab sekiranya dia dipecat dari Old Trafford pada musim panas ini.

Pengurus Manchester United itu yakin bahawa penyokong tidak akan berpaling menentang beliau tanpa serangan keras Scholes di televisyen dan radio yang kemudiannya turut diikuti media lain – menjadikannya lebih meluas.

Scholes yang memenangi 11 gelaran Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara di bawah kendalian Sir Alex Ferguson berkata pada awal Oktober mengenai gaya permainan Van Gaal menyebabkan dia ‘menarik rambutnya sendiri’, adalah antara serangan peringkat awal terhadap pengendali dari Belanda itu.

Pada bulan berikutnya, peminat di Old Trafford mencemuh Van Gaal, terutama selepas kekalahan 1-0 kepada Southampton pada Januari sehingga muncul kemungkinan akan digantikan oleh Jose Mourinho.

Pernah suatu ketika, Scholes menggelar United sebagai ‘bencana’ dan ‘huru-hara’. Van Gaal masih yakin terhadap prospek dirinya di tahun akhir kontraknya musim depan, mungkin disokong oleh lembaga pengarah United mengenai siapa yang akan mengambil alih tugas berkenaan.

Tetapi David Moyes dipecat selepas United gagal layak ke Liga Juara-Juara. “Walaupun serangan media dan bukan saja media, legenda itu dan orang lain, saya di sini dan terus berjuang, saya masih bersikap terbuka,” kata Van Gaal.

“Dan saya percaya kepada diri sendiri, saya percaya kepada Manchester, saya percaya kepada pemain. Saya berharap semua orang juga percaya seperti saya, maka ia akan lebih mudah.