Schweinsteiger pamer aksi magis

Schweinsteiger pamer aksi magis

PARIS, 13 Jun (AFP) – Bastian Schweinsteiger mencatatkan tiga sentuhan terhadap bola dan menjaringkan satu gol ketika juara dunia, Jerman memulakan kempen Kejohanan Eropah mereka dengan kemenangan 2-0 ke atas Ukraine.

Pemain midfield Manchester United itu, 31, diturunkan pada minit ke-90 dan dengan segera menyempurnakan hantaran sempurna dari Mesut Ozil bagi jaringan penentuan.

Dengan keganasan peminat sekali lagi mencemari perlawanan itu, kemenangan Jerman menyusul kemenangan 1-0 bagi pasukan Poland ke atas Ireland Utara dan Croatia ke atas Turki.

Schweinsteiger kembali dari rehat selama tiga bulan kerana kecederaan ligamen lutut dan kegembiraan bagi jaringan antarabangsa pertamanya dalam tempoh lima tahun jelas memberikan kesan.

“Saya berlari dengan bersungguh-sungguh walaupun saya dalam keletihan.

Schweinsteiger ketika membuat jaringan tersebut. - AFP
Schweinsteiger ketika membuat jaringan tersebut. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Ia luar biasa kerana ia berlaku, ia seperti perkara yang anda mahukan, tetapi perkara penting adalah kemenangan pasukan,” katanya mengenai jaringan dalam perlawanan Kumpulan C itu.

Pemain pertahanan Shkodran Mustafi menghasilkan tandukan pada separuh masa pertama tetapi penjaga gawang, Manuel Neuer mempamerkan beberapa persembahan menarik dan Jerome Boateng berjaya mengeluarkan bola dari garisan gawang untuk menghalang bagi jaringan penyamaan.

Jurulatih pasukan Jerman, Joachim Loew memuji Boateng, yang menjadi sasaran ahli politik berhaluan kanan, Alexander Gauland bulan ini. Gauland berkata Jerman tidak mahu Boateng sebagai jiran mereka dan pasukan kebangsaan tidak lagi bukan lagi “Jerman dalam kedudukan klasik.”

“Ia adalah bagus untuk memiliki Jerome Boateng sebagai jiran anda di bahagian pertahanan,” balas Loew.

“Dia melihat keadaan berbahaya, dia bertindak dan jelas bola tidak berada di belakang garisan.”

Malam itu hanya dicemari oleh pergaduhan di antara penyokong pasukan Jerman dan Ukraine di Lille sebelum perlawanan. Polis Jerman berkata mereka menahan 21 orang samseng yang dikenali cuba untuk menyeberangi sempadan. Sementara 50 lagi suspek menyertai pertempuran kecil yang disusuli dengan pergaduhan di antara penyokong-penyokong Rusia dan England di Marseille.