Schwini cedera lutut lagi

Schwini cedera lutut lagi

BERLIN, 24 Mac (AFP) – Bastian Schweinsteiger dari Manchester United mengalami semula kecederaan dilutut kanannya ketika dalam persaingan bersama pasukan Jerman dan menghadapi perebutan masa untuk kembali cergas bagi persaingan Eropah pada Jun depan.

Pemain midfield itu, 31, mengalami kecederaan ketika menjalani latihan di Berlin pada Selasa lalu dan imbasan MRI yang dijalankan semalam mendedahkan dia sekali lagi mengalami kecederaan ligamen.

Dia tidak akan beraksi dalam perlawanan di laman sendiri pasukan Jerman menentang England di Stadium Olympic, Berlin pada Sabtu ini, kemudian pasukan Itali empat hari kemudian di Allianz Arena, Munich dan menghadapi perebutan bagi bersedia bagi Euro 2016 di Perancis.

“Saya perlu menerima keadaan ini seadanya,” Schweinstieger memberitahu laman sesawang FA Jerman.

“Saya telah bercakap kepada jurulatih pasukan kebangsaan mengenai kedudukan saya dan dalam masa beberapa minggu kami akan terus berhubung.”

Bastian mengalami kecederaan lutut kanannya ketika beraksi dalam persaingan bersama pasukan Jerman dan menghadapi kesukaran untuk kembali beraksi menjelang persaingan Eropah pada Jun depan. – Reuters
Bastian mengalami kecederaan lutut kanannya ketika beraksi dalam persaingan bersama pasukan Jerman dan menghadapi kesukaran untuk kembali beraksi menjelang persaingan Eropah pada Jun depan. – Reuters

Berita itu satu lagi tamparan bagi kapten Jerman, yang berusaha dalam laluannya kembali cergas selepas mengalami kecederaan ligamen yang sama dalam kemenangan pusingan ketiga Piala FA bersama United ke atas Sheffield semalam pada awal tahun ini.

Dia membuat empat kemunculan pada separuh masa kedua dari bangku simpanan dalam empat perlawanan lalu United.

“Ia adalah berita buruk, Bastian baru saja kembali ke laluan yang tepat dan saya tahu bagaimana dia bersedia bagi masa bersama pasukan kebangsaan dan dua perlawanan,’ kata jurulatih Jerman, Joachim Loew.

“Saya telah memberitahu Bastian, saya tidak akan mengetepikannya bagi kejuaraan Eropah.

“Perlawanan itu tidak akan berlangsung esok dan masih terdapat masa.

ARTIKEL YANG SAMA