Schwinsteiger didakwa menyiku Winston Reid

Schwinsteiger didakwa menyiku Winston Reid

LONDON, 8 Dis – Bastian Schweinsteiger dari Manchester United didakwa dengan bermain kasar semalam kerana menyiku pemain West Ham, Winston Reid dalam perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

Schweinsteiger menggunakan siku kirinya dan mengenai pertahanan Hammers, Reid di leher ketika kedua pemain berebut mencari kedudukan semasa sepakan percuma separuh masa pertama dalam persaingan Liga Perdana di Old Trafford.

Pengadil perlawanan, Mark Clattenburg, bercakap kepada kedua-dua pemain untuk bertenang, tetapi tidak melihat kejadian sikuan dan ia tidak disebut dalam laporannya selepas perlawanan.

Kecuaian itu mengakibatkan Persekutuan Bola Sepak (FA) bebas untuk menghukum midfield dari Jerman itu dengan kenyataan mereka berbunyi: “Bastian Schweinsteiger didakwa kerana bersikap kasar yang tidak dilihat oleh pengadil perlawanan tetapi dapat dirakamkan dalam video.

Schweinsteiger menghadiri sidang media United di Volkswagen-Arena, Wolfsburg, semalam. - Reuters
Schweinsteiger menghadiri sidang media United di Volkswagen-Arena, Wolfsburg, semalam. – Reuters

“Midfield Manchester United itu terlibat dalam insiden itu bersama Winston Reid dari West Ham pada minit ke-40 perlawanan Sabtu lalu (5 Disember 2015).

“Perkara itu dirujuk kepada panel tiga pengadil elit yang masing-masing melihat semula rakaman video itu secara bebas di mana setiap mereka akan memastikan sama ada mempertimbangkannya sebagai kesalahan yang boleh dibuang padang.

“Bagi dakwaan FA untuk menyusul keputusan daripada panel perlulah sebulat suara. Pemain mempunyai sehingga 12 tengah hari pada Khamis, 10 Disember 2015 untuk menjawab dakwaan itu.”

Pemain berusia 31 tahun itu menghadapi penggantungan tiga perlawanan jika didapati bersalah dan tidak akan beraksi dalam perlawanan menentang Bournemouth, Norwich dan Stoke. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA