Scotland belasah Malta 5-0

Scotland belasah Malta 5-0

TA’ QALI, Malta, 5 Sept – Robert Snodgrass meledak hatrik bagi membantu Scotland membuka tirai kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dengan melakar kemenangan bergaya apabila membelasah Malta 5-1, awal pagi tadi.

Pemain gantian, Steven Fletcher dan Chris Martin turut meletakkan nama mereka sebagai penjaring manakala Malta meraih gol sagu hati menerusi Alfred Effion.

Kemenangan itu meletakkan skuad bimbingan Gordon Strachan mendahului carta Kumpulan E, mengatasi England yang sekadar mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Slovakia menerusi jaringan Adam Lallana di masa kecederaan.

Walaupun hanya satu perlawanan, ia adalah motivasi terbaik buat Scotland yang menjadi satu-satunya negara daripada jajahan Britain tidak beraksi pada kempen Euro 2016. – AFP

Rober Snodgrass ketika meraikan jaringannya. – AP
Rober Snodgrass ketika meraikan jaringannya. – AP

ARTIKEL YANG SAMA